Saturday, December 11, 2010

SALAH KITA TERLALU RINDU

Tahulah anda terlalu rindu, tapi janganlah bertindak gila, hingga orang yang anda rindukan itu berasa tidak selesa. Fikirkanlah juga situasi yang sedang dilaluinya. Dia mungkin dalam keadaan tidak boleh menjawab panggilan anda, usahlah terus mendail dan terus mendail. Ini boleh membuatkan dia tension. Janganlah terus menghantar SMS demi SMS yang menggambarkan kerinduan itu, itu amat mengganggu. Silapnya apabila kita terlalu rindu tidak pernah fikirkan bagaimana keadaan orang yang sedang dirindukan itu.

Kita meletakkan dirinya sama seperti diri kita. Kita sangka dia juga merindukan kita. Jika dia seorang yang cemerlang kadang-kadang dia sibuk dengan kerjaya atau sibuk dengan pelajaran. Kita kena beri kesempatan kepadanya untuk ‘tarik nafas’. Panggilan yang bertalu-talu akan mengundang rasa benci. Rindu itu asam garamnya percintaan. Ia perencah pada masakan yang bernama cinta. Tanpa rindu cinta memang tidak bermakna, tapi batasilah rindu anda sebab krinduan yang terlampau akan membuahkan tindakan bodoh.


Tatkala anda teramat-amat rindu anda gagal berfikir dengan rasional maka kawallah rindu anda jangan sampai teramat-amat rindu. Bukan tidak boleh tetapi batasi perasaan sebegini tatkala ia melanda. Bayangkan orang dahulukala terpaksa berpisah bertahun-tahun lamanya tanpa khabar berita. Tiada sebarang alat yang boleh menyampaikan perasaan mereka tatkala berjauhan. Kemudahan yang ada pada zaman sekarang membuatkan kita semakin mengada-ngada. Sikit-sikit nak telefon, sikit-sikit nak hantar SMS.

Bila kita telefon kita mula berprasangka apabila orang yang dihubungi tidak menyambut.kita juga akan memikirkan bermacam-macam perkara apabila SMS tidak berjawab selama beberapa jam. Begitu kita mahu dilayani . kemudahan komunikasi menjadikan kita semakin tidak sedar pentingnya memahami psikologi dan bahasa isyarat manusia. Tatkala orang tidak mengangkat panggilan anda, ketahuilah hambatan-hambatan waktu yang dialaminya. Ketika dia tidak segera membalas SMS anda, fahamilah terkadang dia memang tiada waktu.



Tatkala panggilan anda tidak pernah bersambut atau dia tidak pernah cuba berhubung dengan anda sehingga seminggu, ketahuilah dia mungkin sudah tidak memerlukan anda dalam hidupnya. Tatkala SMS anda atau SMS dari dia tidak pernah kunjung tiba serta langsung tidak berbalas berbulan-bulan lamanya, sedarlah anda sudah tiada dalam hatinya. Ingat, terus berhubung bermakna anda seperti tidak faham bahasa sepi. Mahalkanlah rasa cinta dan rindu anda itu.


Tatkala rasanya orang sudah tidak memerlukan kita, usah ditagih perhatiannya lagi.katakan selamat tinggal, aku membawa diri. Jika engkau jujur akan perhubungan ini, tibalah masanya engkau pula mencariku. ????: Cinta akan berharga apabila diberikan harga terhadapnya. Nilainya akan bertambah tinggi apabila harganya ditinggikan. Anda terlalu rindu dan terlalu menghubunginya, ia merendahkan harga cinta anda

No comments:

Post a Comment