Saturday, December 11, 2010

Filem ombak rindu adaptasi dari novel



sape2 yang kaki baca novel mesti dah familiar kan ngan novel ombak rindu ni..
novel femes tu...jalan ceritanya memang best...
novel ni akan difilemkan...
harap harap filem ni akan best macam novelnya juga la...


Filem arahan Osman Ali ini diadaptasikan daripada novel popular Ombak Rindu yang turut menggunakan judul yang sama untuk filem .

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Memetik sinopsis Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari. Filem ini sedang menjalani pengambaran dalam bulan julai 2010 dan bakal menemui penonton pada awal 2011.

Berikut adalah senarai tenaga kerja serta barisan pelakonnya;

Tajuk : Ombak Rindu

Lokasi: Cameron Highland, Langkawi, Perlis, Penang, dan Kuala Lumpur.

Tarikh pengambaran: 9 Julai 2010 - 15 August 2010

Terbitan: Tarantella Pictures

Penerbit : Sharad Sharan/Renu Sharan

Pengarah: Osman Ali

Penulis Skrip: Armantono

Lakonlayar: Osman Ali

Pengarah Fotografi: Khalid Zakaria

Pengarah Seni: Khairu Akek

Pengurus Produksi: Yusneezam Yusop

Penolong Pengarah: Rizzo

Penata Busana: Andy Sulaiman

Penata Rias: Nan

Pengarah Muzik: Nurzaidi Abd Rahman

maya karin sebagai izzah




nikah senyap-senyap

saat bahagia


lisa sebagai mila



No comments:

Post a Comment