Wednesday, December 29, 2010

Cerpen Sedih-Kerak Nasi Untuk Ibu

Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti

Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.

"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."

Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.

Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.

Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.

Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.

Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.

Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..

Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :

"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."

Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"

Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."

Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."

Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."

Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'

"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'

Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.

Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..

Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..

"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

Wanita Insan Hebat

Pelbagai persoalan tentang wanita sering dikemukakan dan diulas serta menjadi isu utama perbincangan sejak berdekad yang lalu. Malah perdebatan hal-hal yang berkaitan wanita semakin hangat diperkatakan seiring dengan perkembangan zaman. Sungguh hebat seorang wanita, nama dan statusnya juga turut tertulis di dalam al-Quran serta sering disebut dalam lipatan sejarah.

Khadijah isteri Rasulullah saw., Maryam ibu Isa as., Asiah isteri Firaun, Khaulah al-Azwar Penghayun Pedang Perang, Zainab al-Ghazali, dan ramai lagi tokoh wanita Islam yang gemilang. Termasuk juga wanita hebat yang melahirkan dan membesarkan kita.

Manusia yang mempercayai hakikat kehidupan, penciptaan alam, SUNNATULLAH, akan tahu dan faham bagaimana hakikat kejadian seorang wanita, penghidupannya, dan ke mana kesudahannya selepas kehidupan ini.

Lantaran itu, wanita seharusnya dan wajib tahu hakikat kejadian hidupnya, serta peranan dan tanggungjawabnya dalam kehidupan.
At-Tin

"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus."

(At-Tin, 95:4-6)

Wanita Pada Pandangan Barat

Peradaban Barat telah melabelkan wanita sebagai jantina yang berlawanan dengan lelaki yang lebih dikenali sebagai golongan yang menggoda, menawan, dan merangsang naluri jantina yang berlawanan dengannya.

Apa yang mereka inginkan dari wanita adalah sentiasa menjadi perhiasan mata, hati dan jiwa. Mereka hanyalah golongan pemuas nafsu lelaki.

Doktrin yang ditanam oleh Barat inilah yang menjadikan wanita pada hari ini sentiasa berlumba-lumba ke arah kecantikan luaran, perebutan cinta murahan, malah sehingga sanggup menggadaikan diri sendiri.

Perlabelan yang telah ditanda hargakan itu menyebabkan maruah dan kedudukan wanita berada di tangga "TOP WORST".

Malah golongan wanita ini diberikan penghargaan dan pingat tersendiri dalam menayangkan kecantikan, kemulusan dan keghairahan masing-masing kepada suatu benda yang tidak bernyawa seperti dalam mempromosikan sesuatu barang.

Wanita dijadikan sebagai model untuk melariskan barangan jualan daripada barang-barang kegunaan wanita sehinggalah kepada pengiklanan jualan kenderaan.

Rendahnya martabat wanita seolah-olah sama nilai dengan barangan yang diperdagangkan.

Fenomena eksploitasi wanita ini semakin meningkat dengan jajaran masa yang mendorong wanita membebaskan diri dari tanggungjawab asal hakikat penciptaannya iaitu sebagai isteri, ibu, pendidik generasi pelapis, serta sayap kiri perjuangan suami.

Eksploitasi ini berlaku sehingga wanita akhirnya telah memasuki "alam" lelaki yang bertentangan dengan fitrah asal kejadiannya.

Ahli Falsafah Socrates pernah berkata :

Kewujudan wanita menjadi punca utama krisis dan kemerosotan dunia. Mereka ibarat sebatang pokok beracun. Di luar nampak cantik, tetapi sebaik sahaja seekor burung memakannya, ia mati pada masa itu juga.
(Dipetik daripada buku: Apa kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik)

Wanita Pada Pandangan Islam

Islam telah meletakkan maruah dan kedudukan wanita pada tempat yang mulia. Sungguh bertentangan dengan nilai dan eksploitasi yang ditunjukan oleh Barat.

Wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan yang tinggi, asli lagi harmoni. Maruah dan kehormatannya ditatang dan dijaga sebaiknya ibarat emas permata dan segala perhiasan yang tidak ternilai harganya.

Allah telah mewujudkan peranan antara lelaki dan wanita yang berbeza-beza namun kedua-duanya seiring penting. Tidak berperanan salah satu maka pincanglah semua.

Dalam pembentukan sebuah institusi kekeluargaan, tidak akan sempurna tanpa kedua-dua jantina ini. Pembentukan masyarakat dan pembinaan peradaban Islam memerlukan wanita tampil menyumbangkan tenaga dan memainkan peranan sebagai sayap kiri lelaki. Tampil memimpin golongan wanita, turut memerah otak memikirkan kelangsungan strategi dakwah, mendidik generasi baru Islam malah turut serta menghayun pedang perjuangan.

Allah tidak memandang wanita dengan pandangan yang berat sebelah. Buktinya adalah, di dalam surah Al-Ahzab ayat 35.
al-Ahzab

"Sesungguhnya lelaki dan perempuan Muslim, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, Allah menyediakan untuk mereka ampunan yang besar."

Kewujudan artikel ini sebenarnya untuk menangkis beberapa pandangan dan persepsi kuno mengenai wanita.

Sehinggalah pada hari ini, doktrin yang ditanam oleh Barat tentang wanita adalah selemah-lemah kaum masih lagi bertapak di pemikiran. Pemikiran inilah yang menyekat dan membataskan kemampuan wanita secara halus.

Hakikatnya, wanita bukanlah ingin menyaingi lelaki. Wanita juga tidak perlu menukar watak menjadi tomboy untuk membuktikan kekuatan dan ketabahannya. Wanita juga tidak perlu menjadi ganas semata-mata tidak mahu dipandang lemah.

Wanita insan tabah. Dijadikan oleh Allah swt. dengan sifat yang lemah lembut. Sesuai dengan peranannya sebagai pendidik anak-anak.

Disaat terbentuknya bayi di dalam rahim dan kemudian dikandung selama sembilan bulan 10 hari, seterusnya kelahiran bayi telah membuktikan kehebatan dan ketabahan seorang wanita. Belum ditambah dengan kesabarannya dalam proses menyusukan dan mendidik anak sehinggalah mereka dewasa dan mampu berfikir dan berdikari sendiri.

Wanita Insan Tabah

Bagaimana pula wanita yang masih di peringkat remaja? Tidak hebatkah mereka? Tidak kuatkah mereka?

Ya, jawab dengan yakin bahawa remaja wanita juga insan tabah.

Di mana ukuran ketabahan dan kekuatan itu?

Ukuran ketabahan itu adalah disaat mereka mampu melawan musuh-musuh dalam lipatan sendiri iaitu nafsu. Disaat hadirnya godaan-godaan syaitan, manusia dan seangkatannya, mereka melawan dengan keyakinan berpegang teguh pada ALLAH.

Perkembangan dunia yang pesat, pembangunan yang semakin global namun, wanita sedaya upaya membenteng diri dari terpengaruh dengan pelbagai godaan duniawi ini.

Melawan nafsu adalah jihad! Benar, inilah jihad yang perlu dipertahankan dalam diri setiap wanita. Dengan pendidikan dan tarbiyyah diri, yakinlah wanita yang dulu dipandang lemah merupakan insan hebat kerana mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan dunia.

Lemah Lembut atau Lembik

Kebanyakan dari kita sukar untuk membezakan antara wanita bersifat lemah lembut dengan wanita yang bersifat lembik. Kita perlu faham istilah lembik dan lemah lembut adalah satu entiti yang berbeza.

Lembik adalah sifat negatif, manakala lemah lembut merupakan sifat positif bagi wanita.

Wanita yang lembik definisikan sebagai lemah, tidak mampu untuk hidup berdikari tanpa kebergantungan pada orang lain, penakut, serta tidak berupaya menghadapi cabaran. Ia lebih bersifat seolah mengada-ngada.

Berbeza pula dengan lemah lembut, menurut Profesor Meadley, wanita yang bersifat lemah lembut adalah wanita yang mempunyai hati yang kuat, bisa melentur namun sulit untuk dipatahkan serta mampu hidup berdikari.

Lantaran perbezaan definisi inilah maka kaum wanita perlu memahami sifat yang bagaimanakah yang perlu dimiliki untuk menjadi wanita sejati, yang mampu menggoncangkan dunia.

Fitrah seorang wanita untuk memiliki sifat lemah lembut. Lemah lembut merupakan kekuatan kaum wanita. Wanita yang memiliki sifat inilah yang dimaksudkan dalam peribahasa Melayuyang berbunyi "Tangan Yang Menghayun Buaian Mampu Menggoncang Dunia".

Andalah apa yang anda fikirkan. Kuat atau lemahnya anda adalah dari apa yang anda fikirkan. Peganglah hati supaya anda tidak mudah merasa lemah. Paculah kekuatan diri dengan teguhkan kebergantungan pada Allah, kerana kekuatan hati dan kecekalan jiwa datang daripada-Nya.

Monday, December 27, 2010

Mutiara Kata Dr. HM Tuah Iskandar

“Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat – buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Fikir itu kepalanya berkat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. ” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perjalanan adalah sebaik-baik guru.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj


“Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung dunia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Genggam bara api biar sampai jadi intan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Maut juruintai yang tak pernah lalai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

”Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Bunga Yang Cantik Jarang Harum


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

Tips Cinta Untuk Kebahagiaan

Cinta menepati satu angka dari perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan mengganggu fitrah manusia.

Kesenian cinta yang didasari runtunan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsaikan keghairahan nafsu dan kebejadan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat , kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah swt.

"Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah swt." (Hadis Riwayat Ahmad)

Marhalah Amal Islami (Lihat Nazarat fi Risalatul Taalim oleh Muhammad Abdullah Khatib m/s 229)

1. Pembentukan peribadi muslim
2. Pembinaan rumahtangga muslim
3. Membimbing masyarakat menuju Ilahi
4. Membebaskan tanahair dari belenggu penjajahan kuasa kuffar
5. Memulihkan kerajaan dari sampukan thoghut
6. Penguasaan alam

(Seringkali isu kegagalan rumahtangga di perkatakan sehingga ia memberi kesan buruk kepada pasangan yang akan berkahwin . Dapat disaksikan di negara - negara barat apabila muda mudi mulai bosan dengan perkahwinan lantas mengamalkan free sex .)

Rumahtangga yang berjaya ialah yang memiliki suasana asas sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah Ar-Rum ayat ke-21 :

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir ."

Pendakian ke puncak amal Islami iaitu Ustaziatul Alam(Penguasaan Alam) mestilah melalui beberapa marhalah dan aqabah. Bait muslim (rumahtangga Islam) sebagai marhalah kedua merupakan aqabah yang sukar didaki dengan penuh jaya dan gemilang. Ketabahan , kesabaran dan kebijaksanaan antara prinsip untuk berjaya .

Rumahtangga pejuang Islam

Aktivis gerakan Islam (samaada pihak suami atau isteri) sewajarnya memandang serius urusan mengenderai rumahtangga muslim agar ia tidak menjadi sebab gugurnya seorang aktivis. Penegasan ini dibuat memandangkan keaktifan pejuang memungkinkan rumahtangga terabai, sedang rumahtangga muslim adalah markaz terbaik untuk pengkaderan generasi akan datang yang bernaung di bawah lembayung Al-Quran dan jihad.

Kedua dua pihak (pasangan suami isteri) mesti memahami penglibatan aktifnya dalam gerakan Islam tanpa ia sendiri turut memahami bahawa rumahtangga muslim adalah salah satu agenda gerakan Islam; mencetuskan ketegangan atau kehambaran dalam hidup berumahtangga.

Kebijaksanaan menyusun program menurut prioriti mampu menyelamatkan keadaan. Suatu nokhtah penting yang memerlukan sebuah keinsafan bersama, bahawa rumahtangga yang gagal dan hambar adalah antara jalan rentas menuju ke garis penamat bagi episod perjuangan seorang aktivis .

Tips cinta untuk suami

* Bersikap baik dan lembut dengan isteri
* Menjaga kehormatan rumahtangga dan tidak terburu menerima fitnah
* Jangan sekali - kali memukul isteri dan penuhi keinginannya dengan baik
* Bersabar terhadap karenah isteri
* Mengendali nafkah dengan ( tidak bakhil dan boros )
* Bergurau senda dengan anak dan isteri ( berkasih sayang dan mesra )
* Membantu tugas - tugas isteri dirumah
* Jujur dan menepati janji dengan anak dan isteri
* Bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangga
* Tidak bermesra dengan wanita lain
* Menjaga rahsia isteri
* Tidak merendah - rendahkan isteri di hadapan orang lain
* Tidak makan hasil kerja isteri

Tips cinta untuk isteri

* Berterima kasih diatas pemberian suami dan senantiasa mengenang jasanya walaupun kecil .
* Segera memenuhi permintaan suami
* Bertindak diatas keizinan suami , jangan sekali kali mengangkat suara
* Pastikan suami tidak menemui sesuatu yang buruk pada isteri
* Pastikan suami tidak mencium melainkan bau yang wangi
* Jaga hartanya dengan sebaik - baik tadbir
* Jaga maruahnya dengan sebaik - baik taqdir
* Jangan mengingkari suami dan merahsiakan sesuatu daripadanya
* Membantu urusan perjuangannya
* Berkhidmat ikhlas dan aktif untuk ketenangan suami
* Berlembut apabila dimarahi dan senyum apabila digembirakan
* Mengekalkan sifat malu terhadap suami dan bijak menutur kata dihadapannya
* Menghormati keluarga suami
* Menjaga rahsia suami

Tips cinta untuk kedua suami isteri

* Persefahaman
* Taawun ( bekerjasama )
* Wujudkan suasana romantis
* Atasi bebanan kerja
* Kepuasan seks
* Elakkan sikap suka mengkritik pasangan
* Saling percaya mempercayai diantara satu sama lain
* Menghayati amal Islami
* Kebijaksanaan mentadbir dan menyelesaikan masaalah rumahtangga

Sunday, December 26, 2010

Perkara Perlu Ada Untuk Jadi Lelaki Hot

Bukan senang nak tackle gadis hot, most of gadis hot nak laki-laki hot je. Yang suam-suam kuku usah mimpi la nak couple dengan diorang. Tapi tak tau la gak, segala-galanya di tangan Allah. Allah yang menentukan. Tapi apapun kita boleh belajar cara-cara nak jadi jejaka idaman gadis hot? Nak belajaq??? Teruskan membaca.

Untuk menjadi jejaka pilihan gadis hot, kena ada 7 elemen yang perlu dimahirkan oleh seorang lelaki itu.

1. Maskulin
Sebut je maskulin, dah terang-terang korang kena ada sifat kelakian yang kuat. Bila cerita pasal maskulin tak semestinya tunjuk kuat pada luaran sahaja malah pada pemikiran gak. Lelaki yang boleh terima kritikan dikatakan cukup maskulin di kalangan gadis hot. Tak percaya? Kalau tak percaya, tanya Nur Fazura, pelakon Gol dan Gincu tu. Dia cakap laki yang maskulin adalah lelaki yang boleh terima kritikan dan sentiasa membaiki diri.


2. Lelaki kena ada aura sensual
Apa maksudnya sensual? Sensual ni maksudnya lelaki yang alert pada keadaan sekeliling. Misalnya, korang tengah ada dekat pasar malam, tiba-tiba ada orang minta sedekah, korang pun rasa sensitif lalu keluarkan duit secotekkk untuk disedekahkan. Waaaaahh!!! Tau tak, itu antara perkara sensual tu!!!! Jadi banyak2 kan bersedekah. Pastikan ikhlas, Allah suka, gadis pun suka. Insya Allah. Selain sedekah, sensual bermaksud boleh memahami perasaan wanita. Jadi korang kena tahu apa keinginan wanita. Untuk mempelajari benda-benda ni, try baca buku Mens Are From Mars Women Are From Venus written by John Gray. Mungkin tips-tips dalam buku tu boleh membuat korang lebih mengenali seorang wanita.

3. Berpenampilan Menarik
Kacak itu adalah bonus tapi yang paling penting ialah 1st impression. Bagaimana seorang gadis hot melihat korang pada kali wanita. Jadi dekat sini, korang kena pandai bergaya dan perlu menjadi genius dalam pemilihan pakaian agar korang sentiasa nampak menarik dan sedap mata memandang. Berpenampilan menarik gak bermaksud korang kena jaga ketiak korang. Mana ada perempuan suka bau ketiak masam beb. Jadi pastikan diri korang sentiasa bersih, trim bulu lubang hidung, cabut bulu ketiak yang panjang yang boleh terkeluar dari celah hujung pangkal lengan t-shirt tu, serta potong la kuku. Rambut juga jangan ada kelumumur.


4. Pandai Buat Lawak dan Bergurau
Lelaki yang pandai bergurau dan lawak akan mudah disenangi oleh gadis-gadis hot. Bagi diorang, diorang nampak seorang lelaki yang pandai berlawak ni adalah seorang yang mudah didekati serta innocent boy. Diorang juga menganggap orang yang pandai berlawak adalah penceria pada hari mereka.

5. Romantik
Ramai je awek-awek tak nak mengaku yang diorang sukakan lelaki yang romantik. Rasa nak muntah la, nak loya laaaa, rasa macam dating dengan alien laaa... Haaaaa, tu semua tak betul. Romantik tu la yang sebenarnya yang diorang maukan. Tambah-tambah lagi dekat TV, filem dok hari-hari tayang cerita romantik, sedikit sebanyak akan tune kepala diorang nak jejaka romantik gak. Cuma apa yang ditekankan di sini ialah, jangan la terlalu melampau nak beromantik sampai dah tahap filem tamil... No more teori-teori ambil kapak belah dada, berenang lautan api, bina jambatan emas, semua laaa.... Untuk simple romantik, try main-main surprise dengan gadis hot. Sebab gadis-gadis memang suka kejutan. Bagi diorang kejutan ni apart of romantic dan benda ni diorang akan ingat dalam tempoh masa yang lama.

6. Berdikari
Nak jadi lelaki ni kena pandai menyelesaikan masalah. tapi kenalah selesai dengan cara yang bijak. Bukan dengan cara lintang pukang. Simpe things, ambil perkara-perkara mudah. Lelaki kena pandai tukar tayar kereta, repair paip bocor, repair peralatan elektrik serta kena pandai jalan-jalan pintas di KL (in case orang KL la). Gadis hope for reliable guys, maka korang kena betul-betul jadi reliable guy untuk diorang. So, start daripada sekarang rajin-rajin la baca buku repair-repair ni. Paling senang, start dengan baca buku macam mana nak repair komputer.

7. Peramah
Nak jadi peramah bukan susah pun. Cukup sekadar satu senyuman dan perkataan Assalamualaikum atau Hai. Lelaki kena mesra dengan semua orang, sebab itulah kunci asas yang menggambarkan lelaki seperti ini dapat perhatian daripada gadis. No need nak control macho. Kalau muka tak hensem lagi laaa jangan nak control macho... Isshh ishhhh... Menjahanamkan lagi keadaan je...

So, geng-geng sekalian try amalkan 7 benda ni. Insya Allah...

Friday, December 17, 2010

Menghilangkan Rasa Marah

Salam.. bertemu kembali dalam hari yg baru...syukur pd Allah atas semua nikmat terutama nikmat IMAN dan ISLAM..alhamdulillah....

dalam kerja sehari2 kat opis ke, kat umah ke, x kira la situasi apa pun kita, mesti ada perkara yang membengangkan kita @ membuat kita marah @ orang yang marah kat kita..so..ada x doa yg boleh kita amalkan utk kurangkan rasa marah kita, rasa angin kita @ doa utk kita bhadapan ngn org yg tgh marah? Ada...n kat bawah ni doa dia:

Doa Menghilangkan Rasa Marah :

A’uzubillahi minasy syaitanir rajimi. Allahummagfirli zanbi wazhab gaiza qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajimi.

Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syetan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syetan yang terkutuk.”

Doa Menghadapi Orang Sedang Marah :

La ilaha illallahul halimul hakimu, subhanallahi rabbus samawatis sab’a wa rabbul ‘arsyil ‘azimi, la ilaha illa anta ‘azza jaruka wa jalla sana’uka.

Artinya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Kasih Yang lagi Maha Bijaksana, Maha suci Allah Tuhan yang memelihara tujuh langit dan yang memelihara ‘arsy yang besar tiada Tuhan melainkan Engkau, sangat kuat perlindungan-Mu dan Maha tinggi perlindungan-Mu.”

Doa Menjauhkan Permusuhan :

Allahumma la tusymit bi ‘adwwi wa la tasu’ubi sadiqi wa la taj’al musibati fi dini wa la taj’alid dunya akbara hami wa la tusallit ‘alayya man la yarhamuni ya hayyu ya qayyumu.

Artinya: “Ya Allah, janganlah jadikan musuhku gembira karena kesusahanku, dan janganlah jadikan temanku membuat kejahatan terhadapku dan janganlah jadikan kemalanganku dalam urusan agamaku dan janganlah jadikan kepentingan dunia menjadi pusat perhatianku dan janganlah jadikan orang yang tidak berbelas kasihan ber maha raja lela atasku, wahai Tuhan yang hidup yang berdiri sendiri.”

Fokus pada masalah, bukan pada perasaan

Ketika seseorang sering mencari kesalahan terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, kita mungkin marah dan mula memfokus kepada emosi tersebut. Jika kita tidak mengutamakan soal penyelesaian masalah tersebut, kemarahan hanya akan membawa kepada masalah lain iaitu kita mula mencari dan mengungkit kesalahan yang dilakukan oleh orang tersebut.


Jangan mudah membuat kesimpulan. Siasat dan semak sebaik mungkin

Ketika seseorang memiliki tanggapan terhadap terhadap seseorang terutamanya persepsi negatif, penilaian menjadi tidak rasional. Apa sahaja yang dilakukan oleh orang tersebut akan dianggap negatif. Oleh itu, perlu siasat dan teliti sebaik mungkin.


Bersabar

Reaksi marah yang tidak dikawal amat berbahaya kerana kesannya adalah situasi menjadi bertambah sukar.


Jangan terlalu mengharap

Kemarahan terjadi kerana kecewa akibat harapan yang tidak dipenuhi. Padahal ia merupakan sesuatu yang biasa kerana kita sering menetapkan standard yang terlalu tinggi.

Contohnya, jika anak anda masih melakukan kesalahan matematik walaupun sudah beberapa kali diterangkan kepadanya, jangan berteriak 'bodoh' atau memarahi dengan panggilan yang tidak elok. Cara itu hanya menyebabkan perasaan anak-anak terluka.


Jangan melibatkan sebab-sebab lain

Banyak kemarahan terjadi kerana sebab-sebab lain yang langsung tidak ada kaitan. Ini disebabkan kita menyimpan sesuatu emosi terhadap seseorang.


Alihkan kemarahan kepada perkara-perkara lain

Setiap daripada kita memiliki pola kemarahan yang pelbagai. Ada yang bertindak balas secara serta-merta dengan memaki hamun, menyergah atau berteriak, melempar barangan, menangis dan sebagainya. Sebenarnya pola tersebut boleh dialihkan kepada cara yang lebih terkawal dan tidak menimbulkan aib kepada diri sendiri dan orang yang dimarahi.


Menilai dengan bertanya kepada diri

Emosi kemarahan boleh mendatangkan penyakit fizikal. Oleh itu, kita perlu mencari kaedah untuk mengurangkan ketegangan emosi. Misalnya dengan memikirkan 'kenapa saya perlu memikirkan masalah yang kecil ini hinggakan mengganggu ketenangan saya?' atau 'saya ada hal lain yang lebih penting untuk diurus'; atau 'sudahlah, perkara sudah berlaku.Kita perlu bersikap relaks dalam menghadapi masalah yang silih berganti dan memancing emosi.


Melakukan aktiviti melepas tekanan

Emosi marah seseorang boleh dibendung jika ia rajin melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dapat melupakan permasalahan. Contohnya adalah dengan menyanyi, berteriak, memukul-mukul bantal, beryoga, bermeditasi dan sebagainya.


Belajar menyatakan emosi

Kita sering berfikir masih ada hari esok. Kita selalu menangguh dan selalu berfikir bahawa orang akan tahu perasaan kita. Mungkin esok bukan milik kita. Jadi, janganlah menangguh untuk menyatakan emosi atau perasaan yang terpendam kepada seseorang yang kita kasihi. Mengapa kita tidak melakukannya sekarang juga?

Aku Dan Kekasihku


Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

Wednesday, December 15, 2010

RAHSIA MINUMAN KEGEMARAN

KOPI
Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU
Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!


TEH
Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!

MOCHA
Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar _Mocha ini. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.

MINUMAN SEJUK
Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.



MINUMAN PANAS
Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.



LATTE
Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan.
Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan


Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan mereka.

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’.

Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan.

Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata.

Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa.

Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong.

Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Rahsia Diri Melalui Darah

SI DIA BERDARAH “A”….
Jika pasangan kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘A’,ini bererti dia tergolong dlm lingkungan individu yg serius dan berusaha untuk membina kesempurnaan diri.Umumnya ,golongan ini amat baik terhadap kaum wanita.Setelah mendirikan rumah tangga,dia akan menyayangi isterinya sepenuh hati..Bak kata org tu,segala2nya dicurahkan kpd isterinya.Bahkan setiap kali kluar rumah,dia selalu ingat kpd anak dan isterinya di rumah.Berbahagialah kamu krn dia akan berusaha menjadi pasangan hidup kamu yg baik dan sangat bertanggungjawab.Mereka yg tergolong dlm kolompok ini merupakan individu yg ‘gentleman’.Namun kamu harus sedar pasangan kamu itu juga mengharapkan sesuatu dari kamu.Mereka juga berkeinginan untuk memiliki pasangan hidup yg sempurna.Si dia mungkin naik angina sekiranya bila pulang ke rumah dan melihat keadaan yg tidak terurus.Lantas dia beranggapan kamu tidak mampu menjadi ibu yg baik.Dia cenderung bertindak selaku ketua di rumah.Berkemungkinan juga,sekiranya dia terlalu sibuk di pejabat dan mengalami tekanan,dia akan melampiaskan kemarahannya itu pada pasangannya sendiri.Wow!! Bahaya juga tu…

SI DIA BERDARAH “B”…
‘Big Boy’ mungkin itulah interpretasi pertama kamu apabila berhadapan dgn individu yg terdiri dari kalangan darah jenis ‘B’.Dia hanya melakukan perkara yg dia mahu saja.Kadangkala sbg pasangannya kamu pula menjadi bingung.Contohnya,ketika kamu telah bersusah payah menyiapkan masakan,tetapi si dia pula asyik leka berhibur bersama teman2 hingga larut malam.Berhati2 sekiranya si dia mempunyai hobi tertentu.Biasanya individu yg tergolong dlm kelompok ini akan lebih mengutamakan minatnya sendiri berbanding keluarga.Apa yg diinginkannya ialah menikmati kehidupan.Tanggungjawab kpd keluarga memang kurg.W/bagaimana pun si dia tidak akan menyusahkan kamu.Kamu perlu ingat,pasangan jenis ini lebih gemar menyendiri dan tidak gemar di perhatikan.Sekiranya korang di kurniakan cahaya mata,berkemungkinan si dia juga boleh timbul rasa iri hati biarpun terhadap anak sendiri…

SI DIA BERDARAH “O”…
Sekiranya calon suami kamu memiliki jenis darah dari kumpulan ‘O’ ,kamu perlu persiapkan diri kamu dari segi mental.Berkemungkinan besar si dia boleh berubah hati setelah mendirikan rumah tangga nanti.Ketika sedang hangat di lamun cinta si dia mungkin terdiri dari kalangan individu yg romantis dan sering melindungi kamu.Namun setelah mendirikan rumah tangga,biasanya individu ini hanya berbicara dgn kamu berkenaan hal yg penting sahaja.Tapi kamu jangan menuduhnya tidak mencintai kamu kerana sememangnya si dia tidak dapat menguruskan banyak hal dlm satu masa.Jangan bimbang,dia tetap mampu menjadi suami dan bapa yg baik..Jadi kamu masih boleh bergantung hidup pada si dia.Selain itu golongan ini juga terdiri dari individu yg sentiasa bekerja keras.Berhati2 dalam komunikasi korang.jika kamu tidak menghormatinya dan beranggapan si dia itu tidak boleh di harap pasti si dia terus merubah sikapnya kpd seorg yg pemalas!!…

SI DIA BERDARAH “AB”…
Beruntung kamu.Individu ini adalah seorg yg prihatin.Ketika kamu sedang sakit,si dia akan merawat kamu dengan baik dan sering menghubungi kamu sama ada telefon atau sms.Namun dia juga mempunyai waktu dan tempat utk dirinya sendiri tanpa ingin gangguan sesiapapun termasuklah kamu.Dia tidak suka org lain mengganggu waktu dan hak peribadinya.Sebagai pasangan,kamu pasti berasa tidak selesa dgn situasi ini.Setelah mendirikan rumah tangga,kamu tidak boleh membincangkan segala hal dengannya.Sesungguhnya, dia seorg yg suka cakap banyak tapi tidak suka bercerita tentang rahsia peribadi dan fikirannya sendiri…



ANDA BERDARAH “A”
Mereka yg tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu dan isteri yg baik.Ini kerana kamu dapat menangani banyak perkara,dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik.Kamu rela bangun pagi utk memasak dan menguruskan rumah tangga.Kamu akan berusaha untuk menjadi ibu dan isteri yg sempurna.Kadangkala,ia akan membuatkan kamu berasa tertekan kerana tidak mempunyai masa utk kesenangan peribadi.Baik kamu ubah sikap sebegini…

ANDA BERDARAH “B”….
Kamu seorg yg trendy dan suka bersosial.Kamu masih belum bersedia utk menjadi isteri dan ibu.Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari.Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri.Dalam pada itu kamu berusaha memperbaiki diri utk menjadi seorg ibu dan isteri yg baik.Kadangkala,kamu agak egois,namun krn kamu sangat mempersona,teman dan suami tidak sampai hati untuk memarahi kamu.Satu perkara lagi,kamu adalah individu yg boros.Awas!!!…

ANDA BERDARAH “O”…
Wanita berdarah “O’ memiliki sifat keibuan.Setelah mendirikan rumah tangga kamu bertindak selaku ibu kepada suami kamu.Sekiranya suami pulang lewat malam,kamu tidak marah dan ini akan membuatkan suami kamu menganggap diri kamu sebagai ibunya.Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah.Setelah di kurniakan cahaya matakamu menumpukan sepenuh perhatian dan kasih saying terhadap anak kamu.Awas,nanti suami kamu kesepian.Setelah bergelar ibu,kamu terus mengabaikan penampilan kamu.Ingat!itu akan mengurangi keseksian kamu sebagai wanita.Kamu tidak mahu kehilangan suami bukan…? 

ANDA BERDARAH “AB”…
Kamu wanita cerdas.Mampu menjaga suami dengan baik.Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional.Waktu yg ada kamu pergunakannya utk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru.Kamu tidak suka menjadi ibu2.Wanita ini akan menghargai dirinya dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi.Ini menjadikan suami kamu takut sekiranya tidak mampu memenuhi tuntutan kesempurnaan peribadi kamu.Sifat “cool”adalah milik kamu.Biasanya wanita seperti kamu ditakuti lelaki

Mengenal Kelemahan Lelaki -Oleh Dr.HM.Tuah


Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita. Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berdepan dengan Cleopatra. Mark Anthony, ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ke tangan Cleoparta. Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita. Begitulah nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki. Sekuat mana pun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut sang wanita. Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita, padahal dia terkenal perkasa. Di medan pertempuran dia boleh membunuh begitu ramai musuh, tetapi berhadapan dengan wanita, hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikianlah hebatnya wanita. Anda amat berkuasa dan amat perkasa.

Tolonglah gunakan kekuasaan dan kehebatan anda itu untuk membantu membangunkan lelaki. Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki. Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu, apatah lagi tatkala nafsunya sedang bergejolak, atau rasa kecintaannya sedang memuncak, dia memang sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seseorang wanita di sisinya; mungkin isteri, mungkin ibu, mungkin anak, mungkin kakak, mungkin makcik. Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita, mungkin pada kedudukan-kedudukan yang serupa.

Jika anda cantik dan pandai memujuk rayu, gunakanlah kecantikan anda dan kelebihan yang dianugerahkan ALLAH itu untuk membantu memperkasakan lelaki. Lelaki memang sudah sedia kalanya perkasa, tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda. Sebaliknya dia juga boleh mencipta sejarah kedunguannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki dikurniakan lebih akal tetapi kekurangan nafsu. Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal, tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara. Maka itu lelaki lebih mudah liar berbanding wanita. Wanita pula, dek terlalu banyak nafsu dia boleh memecah-mecahkan atau mencabang-cabangkannya kepada pelbagai hal. Dia boleh bernafsu terhadap barang-barang kemas, baju cantik, perabot, kereta, rumah dan berbagai-bagai lagi. Jadi, untuk setiap cabang darjahnya sudah tidak setinggi lelaki. Dia mungkin bernafsu kepada semua benda tetapi dia tidak mudah musnah oleh semua benda.

Nafsu lelaki biasanya lebih tertumpu pada keghairahannya terhadap wanita. Sebab itu kita akan lihat lelaki biasanya tidak kisah dengan berapa helai pakaian yang dimilikinya, tidak begitu kisah dengan hiasan rumahnya, sebab nafsunya ke arah itu tiada. Tetapi sebut syahwat, lelaki akan terus terangsang sebab yang satu itu memang sentiasa arahnya ke sana. Tiada cabang-cabang, tiada pecahan-pecahan.

Maka itulah lelaki walau sekuat mana apabila digoda wanita cantik biasanya runtuh. Kadang-kadang wanita yang menggodanya bukanlah cantik sangat, tetapi nafsunya selalu terpesona oleh kata-kata yang lunak, suara yang sedap didengar, kenyitan mata yang bercahaya dan bermacam-macam lagi. Nafsunya tidak dapat membezakan antara syahwat yang betul dengan syahwat yang tidak betul, lantaran dia hanya mempunyai satu nafsu.

Lelaki tua boleh naik ghairah hanya melihat seorang kanak-kanak. Kadang-kadang dek terlalu ghairah dia gagal membezakan antara haiwan dengan manusia. Pernah terjadi lelaki mengembiri haiwan. Banyak sungguh onar yang boleh dilakukan oleh para lelaki. Ternyata mereka selalunya gagal memberi penalaan yang betul terhadap nafsu mereka walaupun hanya satu.

Oleh itu, wahai wanita, kasihanilah makhluk lelaki. Mereka itu lemah dalam perkasa. Usah digoda mereka, nanti dia terlupa anak isterinya di rumah, ibunya di kampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.

8 lokasi cari pasangan! Baca la ...

selalu tak korang mengeluh camni

"hai,apalah nasib aku ni.nak kata tak cantik,rasanya ramai lagi yg kurang cantik daripada aku,Tapi mereka tu ada juga teman lelaki..aku ni,sorang pun tak nak!!,"

ha.. ni ade 8 lokasi mencari pasangan...

laki pompuan dua2 boleh

1.Perpustakaan-Bagi yg masih belajar,tmpt ini pastinya memberikan peluang kpd kamu ntuk mencari pasangan.kata orang"sambil menyelam sambil minum air"

Bagi yg lelaki,ape kata kamu beranikan diri "approach"
gadis yg kamu suka.hulurkan salam persahabatan dgn sopan dan ikhlas.tentu si gadis tu takkan marah.Perempuan ini tak kisah kalau lelaki bersopan dgn mereka.

Lainlah kalau kamu bersiul dan mengusik mereka.silap hari bulan,kamu makan penampar!


2.Pusat Boling - salah satu tempat yg di gemari oleh remaja.ha,apa kata kamu ajak teman-teman pergi bermain boling.kalau tak main pun,tumpang tengok jadilah.mungkin cinta kamu akan berputik di pusat boling??


3.Pusat beli-belah =Pasti ramai yg tidak percaya.tetapi yakinlah ada di antara kita yg mendapat pasangan di pusat membeli belah.tidak mustahil ini juga berlaku kpd kamu.oleh itu,rajin-rajinlah mengunjungi pusat membeli belah untuk"window shopping" atau menonton wayang.mana tahu mungkin kamu di pikat di sana.. ^_^


4.tempat seminar/camping = kita sering terdengar kawan2 kita bertemu dgn pasangannye sewaktu menghadiri seminar/camping.mungkin perkara yg sama berlaku kpd kamu.selalunya aktiviti ini turut melibatkan orang lain di luar sekolah.jadi apabila kamu di beri peluang untuk menghadirinya,jangan menolak.mana tahu kamu akan mendapat pasangan hidup mu di sana.menghabiskan masa selama beberapa hari bersama pasti akan membuka ruang untuk kamu mengenali lebih ramai orang.
T_T


5.Internet = wah!Ini adalah peluang yg paling luas sekali kini.ramai di antara kamu yg mendapat pasangan melalui cara ini.cubalah kamu melayari internet untuk berchatting,manalah tahu rezeki kamu untuk bertemu dgn pasangan melalui internet.tidak kurang juga perkenalan melalui
"chatting" boleh membawa ke jinjing pelamin.lekas..cubalah siapa tahu rezeki kamu.kata orang'tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yg tahu'tapi awas!bnyk juga yg penipu.
selamat berjaya!

6.kenduri kahwin = pasti ade yg gelak bila baca tips ini..tapi banyak yg berkesan tau!pasti ramai yg akan menghadiri majlis perkahwinan.jadi rajin-rajinlah diri memenuhi undangan jemputan perkahwinan.selain mendapat pahala,siapa tahu kamu akan terpikat dengan seseorang di sana nanti??wow!!

7.Pejabat/sekolah = sesekali kamu perlu di tonjolkan diri agar diri kamu menjadi perhatian ramai.dah kenal barulah cinta kan??jadi cubalah menyertai sebarang aktiviti yg di anjurkan oleh organisasi sekolah kamu agar kewujudan kamu akan di sedari..contohnya sukan,kelab, dan sebagainya.pasti ada yg tertarik dengan kamu nanti.


8.kafe=daripada kamu terperap di rumah.apa kata kamu ajak teman-teman lepak di mana-mana kafe.kalau mampu pergilah ke kafe yg eksklusif.tentu yg melepak di situ juga yg best-best.siapa tahu ,tiba-tiba saje kamu mendapat nombor telefon daripada mamat yg duduk di meja sebelah kamu??


heh..cuba lah!~semoga berjaya~~

LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA

* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati? ?

10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar

PANTUN- Marriage Life Before and After !!

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage.
I die for you. . .
After marriage.
'You die, up to you. '
Lagi lama married.
You die I help you!

Before marriage.
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. .
You go anywhere. . up to you .
Lagi lama married.
You go anywhere, better u got lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love'
After wedding
'you get on my nerves.

Before wedding
'you are sweet and kind just like Cinderella'
After wedding
'you are worse than godzila'

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak

Menutup Aurat Itu Seksi ?!

Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.

Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?

Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.

Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?

Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.

Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.

Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.

Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.

Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.

Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.

Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.

Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.

Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.

Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.

Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.

Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.

Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.