Friday, June 10, 2011

drama baru- Dewa Cintaku

Satu lagi drama baru Dewa Cintaku akan datang di slot Akasia tv3 untuk ganti Nora Elena pada 20hb Jun ni. Para pelakon dalam drama ni ialah Fasha Sandha dan Iqram Dinzly, semua tau kan cerita pasal Fasha hot dengan Iqram ni. Tak mau cerita pasal tu, nak cerita pasal drama Dewa Cintaku ni.
sinopsis Dewa Cintaku :

Iqbal dan June masing masing ada sejarah hitam kerana menjadi mangsa perpecahan keluarga, mereka hilang kasih sayang, June pulak pernah dikecewakan oleh kekasihnya. June sukar menerima cinta lelaki. Iqbal terpisah dari kasih sayang ibu dan kakak kandungnya sebab dari kecil bapanya dah bawa lari dia dari ibunya. Iqbal dibesarkan dalam keluarganya mewah dan kaya raya, dari kecil hingga remaja dia disuruh pentingkan pendidikan dan dia mewarisi pernigaan keluarga.

Iqbal masih teringatkan ibu dan kakak kandungnya, dia berusaha untuk menjejaki mereka. Iqbal dijodohkan dengan Selena tapi Iqbal tidak berminat selagi dia tak menemui ibu dan kakak kandungnya. Dalam pencariannya tu dia berkenalan le dengan penyanyi rock kelab malam bernama June. June ni jauh lebih tua dari Iqbal, Iqbal jatuh cinta dengan June tapi June ni jual mahal lak.

Iqbal berusaha mendapatkan cinta June, akhirnya berjaya jugak le, sebab dalam diam June ni pun memang menaruh hati kat iqbal..ahaks!! Mereka akhirnya bertunang walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan, dari Selena dan jugak jarak umur. Sebulan lagi depa dua ni nak kawin, Iqbal pun dapat tau yang June ni ialah kakak kandungnya



No comments:

Post a Comment