Thursday, May 31, 2012

Aturan Pada Pertemuan Pertama

Bagi mengenali wanita idaman, tentunya anda akan mengatur pertemuan dengan si dia. Dalam hal ini pertemuan pertama amatlah penting. Namun tatkala inilah anda akan berasa gelabah, kekok dan serba tidak kena.
Tapi semua ini harus anda kawal memandangkan pertemuan inilah yang akan menentukan sama ada wanita yang anda puja itu akan terus bersama anda atau sebaliknya. Oleh itu jangan sesekali melakukan kesilapan. Bagi membantu anda melaluinya, sedikit tip diberikan kali ini.
1. Jaga Jarak
Dalam pertemuan pertama, tiada istilah terlalu mesra atau manja. Anda harus menjaga perlakuan kerana penilaian akan dibuat berdasarkan perlakuan anda. Kalau pada pertemuan pertama anda sudah mula merapatkan tubuh dengannya, dia akan mempunyai tanggapan anda berniat jahat. Sebaiknya, biarlah dia berasa selesa dan barulah rasa cinta itu datang.
2. Jangan Menyentuhnya
Di zaman moden ini, pemikiran lelaki mahu perempuan agak terbuka. Namun awas, ada batasan yang perlu anda jaga. Jangan sesekali memeluknya, memegang atau menyentuhnya pada pertemuan pertama. Dalam pertemuan pertama biasanya pasangan mahu saling mengenali diri, keluarga, apa disukai dan sebagainya. Cuba menyentuhnya pada pertemuan pertama memberi gambaran anda ada niat jahat pada dirinya.
3. Jangan Gelabah
Tidak dinafikan, ramai lelaki yang terlalu gelabah bertemu kali pertama. Kala ini, ada saja yang benda yang ingin disentuhnya, dipegang atau melakukan pelbagai gerakan semata-mata mahu menutup rasa gelabah itu. Sebaliknya, yakinlah dengan diri anda sendiri, biar terlihat di matanya anda seorang lelaki yang berkarisma dan memiliki sifat sebagai pelindung.
4. Elak Terlalu Jadi Burung Belatuk
Wanita mendambakan lelaki yang mampu menjadi pendengar yang baik bagi setiap masalah mereka. Bagi mereka, pendengar yang baik adalah orang yang mampu memberikan kata-kata perangsang di saat mereka memerlukan anda. Justeru itu pada pertemuan pertama, jangan terlalu banyak mengangguk kepala. Walau pun anda mahu memperlihatkan anda faham tentang apa yang diceritakan namun kalau terlalu banyak sangat mengangguk anda akan kelihatan seperti burung belatuk.
5. Ikuti Topik
Kadang-kala, lelaki mahu tunjuk pandai seolah-olah hanya mereka saja yang berpengetahuan luas tentang sesuatu perkara. Justeru itu, mereka akan terlalu banyak bercakap dan kadang-kala bercakap di luar topik. Tahukah anda, kalau anda berbicara di luar topik, anda kelihatan jengkel di matanya. Jadi, bercakaplah bila perlu dan ikuti topik yang diperbincangkan.
6. Bertanya Soalan Terlalu Peribadi
Tidak dinafikan, semakin kita meminati seseorang, kita akan cuba menyelami segala kisah hidupnya. Namun awas, jangan sesekali anda bertanyakan soalan yang berbaur peribadi tatkala pertama kali anda berbual dengannya. Cukup sekadar anda mengenali dirinya kerana anda punya banyak masa untuk lebih mengenalinya pada masa akan datang. Terlalu bertanya soal peribadi, akan kelihatan seperti anda suka menjaga tepi kain orang. Biarkan dia bercerita kisah hidupnya tanpa sebarang paksaan. Biasanya apabila sudah ada keserasian, mereka tanpa ragu-ragu akan bercerita.
7. Bangkitkan Hal Remeh-temeh
Seperti wanita, lelaki juga ada kalanya cerewet dalam sesetengah perkara. Sebaiknya dalam pertemuan pertama, jangan membangkitkan hal remeh-temeh seperti lipstiknya yang terlalu merah, baju yang tidak kena dengan penampilan, rambut tidak didandan rapi atau sebagainya. Anggaplah itu dirinya yang sebenarnya kerana sebelum anda memilih untuk keluar dengannya, anda sudah bersedia menerima apa sahaja tentang dirinya.
8. Mengerling Wanita Lain
Dari mata turun ke hati. Itu antara ungkapan yang biasa dikatakan orang. Namun dari mata juga, ramai lelaki yang membuat kesalahan. Apabila anda memilih keluar dengan si dia, jangan sesekali mengerling kepada wanita lain. Ia adalah satu kesalahan yang amat berat. Di matanya anda akan kelihatan seperti “buaya” yang pantang melihat mangsanya. Tumpukanlah pada perhubungan baru itu, mana tahu anda serasi bersama dengannya. Mengerling wanita lain akan hanya membuat dia beranggapan anda seorang lelaki yang sukar dipercayai dan kaki perempuan.
9. Ambil Kesempatan
Ada lelaki yang sudah mengambil kesempatan pada pertemuan pertama. Malah ada yang mengajak ke ranjang. Buat wanita, jagalah maruah diri anda kerana sekali ia tergadai, ia tak akan kembali lagi. Buat lelaki juga, jangan musnahkan harapan wanita kerana sikap buruk anda. Andai anda benar-benar menyayanginya, jagalah ia sama seperti anda menghormati ibu anda.

Apa Yang Lelaki Inginkan?

Bukan sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan gadis yang benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kenali si dia secara dekat dan ketahui apa yang mereka idamkan daripada kamu.

1. Kejujuran
Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan menghargai kejujuran yang kamu zahirkan. Secara taktikal, jujur tidak perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan ketinggian maruah kamu yang diangkat sang jejaka. Oleh itu sedikit tip untuk gadis ialah  sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan hati kamu. Baik jujur daripada kamu yang sakit hati.

2. Hubungan Bebas Manipulasi
Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat yang diberikan. Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar pengiktirafan kasih sayang kamu terhadapnya.

3. Berdikari
Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di mata seorang lelaki. Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur dalam membuktikan kamu jenis yang mudah untuk bergaul bersama teman-temannya.

4.Dinamik,Bertanggungjawab & Matang
Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi.Mereka juga mahukan seorang gadis  yang boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat gadis bijak membangunkan dirinya sendiri,bertanggungjawab dan tahu mengawal emosi. Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu, kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu perhubungan.

5. Komitmen & Kesetiaan
Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan. Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta memahat kesetiaan di antara satu sama lain. Kesetiaan ialah sesuatu yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam sesebuah perhubungan.

6. Pandai Memujuk
Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji,lelaki paling tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. Oleh itu, sekiranya berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan hatinya.

Awak Memang Sempurna!



Ingin menjadi impian para jejaka? Segala percakapan, pemakaian dan perlakuan si gadis penting bagi menyempurnakan ideologi untuk bergelar pasangan terbaik.Tidak pasti bagaimana caranya? Ayuh teliti sikap perempuan yang cukup disenangi jejaka.

Sikap Keibuan
Biasanya lelaki lebih terpikat pada gadis yang bersikap lembut, mengambil berat serta penuh kasih sayang.Wajah yang ayu mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika stres, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian membuatkan lelaki dihargai dan berasa diterima seadanya.Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan lain-lain.Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, gadis yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh yang bukan-bukan,sebaliknya cuba mengerti bait persoalannya.

Menghargai
Berbeza dengan perempuan yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai. Saat dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan, penghargaan tersebut membuatkan mereka berasa bangga dan disayangi.

Menjaga Penampilan
Sudah menjadi lumrah setiap gadis menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Tatarias yang baik mencerminkan perempuan tersebut menghargai dirinya.Jika ditakdirkan suatu hari nanti pasangan tersebut akan menjadi teman hidup, tidakkah si jejaka mahukan seorang yang boleh menjaga diri serta temannya juga?

Pandai Berbicara
Gadis yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual merupakan ciri-ciri yang membuatkan lelaki tertarik! Meski topik perbualan yang disukai berbeza, namun sang dara tetap berupaya mengimbanginya.Dengan kata lain, menjadi pendengar yang baik serta bijak mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Jika gadis itu seorang yang pandai berseloroh lantas boleh menerima jenaka dengan baik, tentunya dia melengkapkan ciri-ciri impian si kacak.

Keanak-Anakan
Dalam batasan yang wajar, sifat keanakanakan menjadi sesuatu yang menarik dimata lelaki. Malah tidak dinafikan lelaki akan berasa terhibur dengan keletah kaum hawa.Namun para gadis perlu tahu, sifat keanakanakan bukannya sifat yang terlampau mengada-ngada tetapi ia lebih pada sisi yang menyenangkan serta mencuit hati.


Menghormati Diri Sendiri
Gadis yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk perlakuan seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang diinginkan dan mengelak sesuatu yang dirasakan perlu serta dalam masa yang sama tetap menjaga maruah dirinya.

Simpati dan Prihatin
Seseorang yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah,menyayangi kanak-kanak dan tidak memilih bulu merupakan ciri-ciri yang paling utama di dalam senarai setiap lelaki. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Kecantikan dalaman yang termaktub dalam dirinya tersergam indah dan cukup jelas untuk dilihat.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Para gadis dengan ciri-ciri ini memperoleh lebih nilai di mata lelaki. Mengapakah iamenjadi pilihan lelaki? Ini kerana mereka tahu peranan tatkala berhadapan dengan orang yang lebih tua dan berperangai mengikut suasana, selain mudah diajak ke mana sahaja serta tidak kekok berada di bandar mahupun kampung.

Ya...Saya Serius!

Kenal sudah hampir lima tahun,berkawan rapat sudah masuk tahun ketiga dan berkasih sayang hampir setahun lamanya, namun sudahkah kamu mengenali ketelusan isi hati sang teruna? Betulkah si dia mahukan sesuatu yang kekal berpanjangan? Ayuh ketahui tanda-tanda utama yang menunjukkan si dia serius terhadap sesuatu perhubungan.
 
Perkenalkan Keluarga Dan Sahabat
Lelaki yang memandang berat terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan taulan yang rapat dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa mereka menganggap pasangan seorang yang penting dan bermakna dalam hidup.Pada kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius. Ini adalah bagi mengelakkan perspektif negatif yang mungkin timbul daripada kaum keluarga.Namun, sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan kepada ahli keluarga, sang kekasih pula perlu cuba untuk memahami situasi tersebut.Misalnya masa yang tidak kena atau keadaan yang tidak mengizinkan mereka berbuat sedemikian.
 
Mengambil Berat
Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga kaum yang lemah.Sekiranya sang arjuna mengambil berat terhadap setiap perkara yang kamu lakukan,ia menunjukkan bahawa mereka benar-benar serius terhadap perhubungan itu. Ini kerana kebiasaannya, lelaki yang hanya berminat terhadap hubungan jangka pendek tidak akan mempedulikan apa yang dilakukan oleh pasangan mereka. Tiada perasaan tanggungjawab wujud terhadap diri kamu timbul dalam sanubari. Ada kemungkinan juga para jejaka belum bersedia untuk berkongsi hidup lantaran hubungan yang dijalinkan berkisar untuk menghilangkan kesunyian diri. Tiba tahap apabila tidak lagi sunyi, kamu mungkin akan ditinggalkan pula. sebagai bukti yang tidak disampaikan melalui kata-kata, kejerihan lelaki menghargai kehadiran teman istimewa dalam kehidupan mereka. Selain itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri kekasih dengan lebih mendalam. Bukan senang tau untuk seorang lelaki mengambil sedikit masa mengimbau dan mengenang kembali kenangan lama apatah lagi sesuatu yang dirasakan penting bagi kamu.
 
Berkongsi Masalah
Lumrah seorang lelaki, sukar untuk berkongsi masalah terutamanya yang melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka sudah bersedia untuk berkongsi masalah, ini merupakan petunjuk bahawa sang Adam sudah mula mempercayai dan menerima kamu sebagai sebahagian daripada hidup.Tetapi awas! Kamu perlu bijak untuk mengesan sama ada luahan hati itu sebetulnya ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati. Berhati-hatilah kerana seorang lelaki tidak akan menceritakan segala masalah jika baru sehari dua perkenalan kerana kebiasaannya ia akan mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan pelbagai masalah dikongsi oleh si dia, kamu seharusnya lebih berhati-hati.
 
Oh, Suria...
Percayalah pada isi hati dan naluri kamu.Jangan bertindak terlalu terburu-buru. Tiada gunanya mendambakan diri kepada yang tidak menghargai dan tidak menganggap kamu sebagai seorang penting.Ingatlah bahawa kamu juga berhak berasa istimewa.

Cinta Satu Keperluan Jiwa

Setiap insan pasti ingin dicintai dan mencintai, ia seolah-olah sudah menjadi satu keperluan jiwa setiap manusia.Namun yang sering menjadi persoalan di sini ialah bagaimana perlunya kamu memahami proses percintaan di usia muda. Jiwa remaja sentiasa dipenuhi dengan soalan tanpa jawapan yang pasti. Lantaran itu, perasaan ingin tahu serta ingin mencuba akan mengawal segala tindak-tanduk seorang remaja.Adalah penting untuk kamu fahami bahawa cinta tidak perlu dipaksa dan tidak boleh diminta. Jika kamu rasa seperti ketinggalan kerana kebanyakan rakan kamu telah pun mempunyai pasangan, kamu harus membuang jauh-jauh kekeliruan yang timbul itu. Bercinta bukannya satu trend atau gaya hidup tetapi percintaan ialah satu tanggungjawab yang sangat besar.
Jangan terlalu mudah mengorbankan maruah semata-mata kerana ingin dicintai lebih-lebih lagi hanya sekadar ingin popular.Maruah keluarga, diri sendiri serta sesebuah masyarakat bergantung kepada tingkah laku seorang remaja. Jangan bertindak berlandaskan hati, perasaan ataupun nafsu kerana kesan sampingannya boleh merosakkan diri sendiri. Seboleh bolehnya,akal diutamakan sebelum bertindak.Fikirlah sehabis masak, mintalah pandangan daripada mereka yang lebih arif dan jadikan perhubungan itu. rakan baru sama ada melalui Facebook,Twitter, Bebo, Friendster dan lain-lain lagi.Bak kata remaja zaman sekarang, ‘cinta muka buku’. Melalui perkenalan singkat mereka sudah pun mampu menjalinkan hubungan cinta. Bagi mereka, cinta seperti ini lebih indah dan sukar dikesan oleh ibu bapa. Maka di sinilah sebenarnya kesedaran tentang memelihara maruah dan tanggungjawab perlu dijadikan gaya hidup. Akhir kata, jangan biarkan cinta menguasai hidup kamu, sama ada kamu ingin mencintai atau ingin dicintai sebaliknya cinta ialah soal kebijaksanaan di dalam mengawal situasi dan bukan situasi mengawal kamu.

Ingin Menjadi Gadis Idaman Lelaki?

Misi kamu sebagai seorang perempuan, bukanlah sekadar memenangi hati si dia tetapi kamu haruslah pandai mengambil hati teman-temannya juga. Pada saat beginilah kamu sebenarnya dapat memiliki hatinya secara menyeluruh. Oleh itu kamu harus... Menjadi lebih fleksibel Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama (seperti yang berlaku pada sekelompok perempuan) kerana lelaki lebih spontan dan tidak terlalu mengambil sesuatu benda kecil sebagai perkara serius. Lelaki cukup selari melakukan sesuatu secara rawak. Sebagai contoh, jika mereka sudah sepakat untuk mengadakan satu-satu aktiviti adalah tidak mustahil sekiranya perancangan tersebut dibatalkan pada saat-saat terakhir. Perhubungan sepatutnya menjadi perkara yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang perlu dirancang sehari ke sehari. Kamu haruslah menyerap segala yang mungkin dan menjadi lebih fleksibel! Tahu bergurau Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi para lelaki. Apa salahnya sekali sekala kamu menunjukkan sifat kamu yang berlainan seperti berjenaka atau bergurau? Lelaki cukup tertarik pada gadis yang mempunyai sense of humor yang tinggi, pandai berseloroh serta tidak mengambil sesuatu gurauan itu sebagai sesuatu yang serius. Lelaki menyukai ideologi di mana dia merasakan sifat seseorang perempuan itu adalah sama seperti dirinya juga. Pada dasarnya, jika kamu mempunyai personaliti yang menarik tentunya kamu akan disenangi oleh banyak pihak. Menjadi lebih aktif Lelaki mana yang tidak suka pada cabaran dan tidak gemarkan sukan? Senang cerita lelaki sentiasa mahu kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti. Apa salahnya sesuatu aktiviti yang baharu ditambah pada rutin temu janji biasa kamu? Contohnya menonton wayang, makan dan kemudiannya bermain go-kart. Pendek kata, jika lelaki menjumpai gadis yang gemar bermain futsal, tentunya mereka akan rasa teruja! Tunjukkan yang kamu prihatin Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada orang lain. Jika mereka menjumpai seseorang yang boleh dikongsi perasaan bersama, nescaya akan melekatlah dia kepada gadis tersebut. Perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah, menghantar pesanan rindu dan ucapan selamat malam sebenarnya turut dihargai oleh sang jejaka. Perkara-perkara sebegini membuatkan diri mereka lebih dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih seorang yang mengada-ngada.

Wednesday, May 30, 2012

Filem Aku Ada, Kau Ada?! ~


Filem bergenre romantik komedi ini memaparkan kisah cinta remaja yang bermula dari perasaan benci dan dendam yang lama-kelamaan bertukar suka antara satu sama lain.
Aku Ada, Kau Ada ??? menampilkan dua bintang yang mendapat jolokan pasangan serasi iaitu Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Dalam filem ini, mereka perlu memainkan watak yang begitu berbeza daripada filem-filem lakonan mereka yang sebelumnya. Di samping itu, pelakon-pelakon lain yang turut sama menjayakan watak dalam filem seperti Kamal Adli, Angah Raja Lawak, Sheila Mambo, Siti Chubby dan ramai lagi. Turut memperkenalkan Wanna Ali dan Sufian Ali, pelakon baru yang cuba di asah bakatnya yang bakal mewarnai dunia seni tanah air.

Sinopsis:
Nordin Ahmad (20) adalah pelajar tahun kedua yang teringin untuk dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sangat sakit hati bila Nordin mendapat perhatian dari pelajar perempuan. Tina (20) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej. Tina tidak merasakan dia bermasalah walaupun dia sebenarnya adalah seorang panas baran tahap kronik. Namun bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sakit marah Tina menjadi makin menjadi.
Masalah menjadi lebih besar bila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Yang jelas, mereka saling membenci. Aziz suka Tina kerana dia melihat sendiri kebencian Tina pada Nordin. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar yang dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luahkan perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi hanya jika Nordin menerima cintanya. Nordin pula kurang pasti jika dia betul-betul sukakan Tina jadi sebelum sempat Tina luahkan perasaannya pada Nordin, Nordin laksanakan “teknik istimewa”nya ke atas Tina.
Melalui “teknik istimewa”nya, Nordin yakin dia sukakan Tina tapi malangnya, teknik Nordin itu buat Tina yakin Nordin bencikan dia. Tina buat keputusan keluar dari kumpulan. Namun Nordin sedar yang ianya masih tidak dapat menyelesaikan masalahnya selagi dia tidak berterus terang dengan Tina. Namum pada hari persembahan, kumpulan Nordin mengalami masalah bila apa yang dirancang tidak menjadi. Bila keadaan mula terdesak, Tina muncul dan buat persembahan bersama Nordin. Mereka pamerkan sebuah persembahan yang mantap.

Ost Aku Ada,Kau Ada???

 



Gambar-gambar