Bukan sukar untuk memahami si jejaka. Mereka hanya inginkan gadis yang
benar-benar sesuai untuk dijadikan teman. Kenali si dia secara dekat
dan ketahui apa yang mereka idamkan daripada kamu.
1. Kejujuran
Seorang lelaki budiman ingin pasangannya seorang yang jujur dan bijak
menambat hatinya. Kejujuran ialah perkara paling penting bagi lelaki
kerana mereka inginkan gadis yang boleh berkata benar walaupun dirinya
melakukan kesilapan. Jujurlah kepada lelaki kerana mereka akan
menghargai kejujuran yang kamu zahirkan. Secara taktikal, jujur tidak
perlu ketika situasi kritikal sahaja sebaliknya ia melambangkan
ketinggian maruah kamu yang diangkat sang jejaka. Oleh itu sedikit tip
untuk gadis ialah sentiasa membina hubungan berdasarkan kepercayaan
dan berkata jujur sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan
hati kamu. Baik jujur daripada kamu yang sakit hati.
2. Hubungan Bebas Manipulasi
Lelaki tidak mahu dimanipulasikan dalam apa jua keadaan. Mereka tidak
mahu membaca fikiran pasangan mereka atau cuba mentafsirkan isyarat
yang diberikan. Oleh itu, jangan sesekali memanipulasi sang jejaka
kerana lelaki tidak suka dipermainkan dan paling pasti janganlah asyik
mengkritik sebaliknya perbanyakan kata-kata pujian atas dasar
pengiktirafan kasih sayang kamu terhadapnya.
3. Berdikari
Lelaki inginkan seorang teman yang tahu berdikari serta bijak dalam
menguruskan diri. Gadis yang berdikari ini dilihat sangat sempurna di
mata seorang lelaki. Mereka menggambarkan sifat ini dengan pengawalan
emosi yang stabil bagi seseorang gadis. Selain itu, ia turut
melambangkan identiti tersendiri seorang gadis serta kayu pengukur
dalam membuktikan kamu jenis yang mudah untuk bergaul bersama
teman-temannya.
4.Dinamik,Bertanggungjawab & Matang
Lelaki inginkan teman untuk mereka bergelak ketawa serta seorang yang
mempunyai keyakinan yang tinggi.Mereka juga mahukan seorang gadis yang
boleh melihat sesuatu hubungan secara dinamik. Lelaki suka melihat
gadis bijak membangunkan dirinya sendiri,bertanggungjawab dan tahu
mengawal emosi. Kebanyakan gadis merasakan si lelaki akan mencari teman
persis model dan bukannya mencari seseorang yang pintar. Oleh itu,
kematangan sahaja yang boleh menentukan jangka hayat sesuatu
perhubungan.
5. Komitmen & Kesetiaan
Sudah pasti kesetiaan menjadi tunjang utama dalam sesebuah perhubungan.
Lelaki juga inginkan teman mereka seorang yang memahami komitmen serta
memahat kesetiaan di antara satu sama lain. Kesetiaan ialah sesuatu
yang mutlak. Walaupun kebiasaannya lelaki kurang menitikberatkan nilai
ini tetapi mereka juga tetap mempunyai keinginan untuk serius dalam
sesebuah perhubungan.
6. Pandai Memujuk
Lelaki memang terkenal dengan sifatnya yang ego. Mereka merasakan apa
yang dilakukannya sentiasa tepat walaupun hakikatnya memang kesalahan
itu datang daripada mereka sendiri. Selain gemar dipuji,lelaki paling
tidak suka mengaku kesilapan yang dilakukannya. Oleh itu, sekiranya
berlaku perselisihan faham, si gadis perlu bijak memainkan peranan
dengan bertindak untuk memujuk si jejaka. Lelaki sangat suka apabila
dipujuk kerana ini membuktikan pujukan si gadis mampu mencairkan
hatinya.
No comments:
Post a Comment