Kenal sudah hampir lima tahun,berkawan rapat sudah masuk
tahun ketiga dan berkasih sayang hampir setahun lamanya, namun sudahkah
kamu mengenali ketelusan isi hati sang teruna? Betulkah si dia mahukan
sesuatu yang kekal berpanjangan? Ayuh ketahui tanda-tanda utama yang
menunjukkan si dia serius terhadap sesuatu perhubungan.
Perkenalkan Keluarga Dan Sahabat
Lelaki yang memandang berat terhadap perhubungan akan cuba
untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga atau rakan taulan
yang rapat dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa mereka menganggap
pasangan seorang yang penting dan bermakna dalam hidup.Pada
kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan
hubungan yang mereka rasakan tidak serius. Ini adalah bagi mengelakkan
perspektif negatif yang mungkin timbul daripada kaum keluarga.Namun,
sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengenalkan kepada
ahli keluarga, sang kekasih pula perlu cuba untuk memahami situasi
tersebut.Misalnya masa yang tidak kena atau keadaan yang tidak
mengizinkan mereka berbuat sedemikian.
Mengambil Berat
Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga kaum
yang lemah.Sekiranya sang arjuna mengambil berat terhadap setiap
perkara yang kamu lakukan,ia menunjukkan bahawa mereka
benar-benar serius terhadap perhubungan itu. Ini kerana kebiasaannya,
lelaki yang hanya berminat terhadap hubungan jangka pendek tidak akan
mempedulikan apa yang dilakukan oleh pasangan mereka. Tiada
perasaan tanggungjawab wujud terhadap diri kamu timbul dalam sanubari.
Ada kemungkinan juga para jejaka belum bersedia untuk berkongsi hidup
lantaran hubungan yang dijalinkan berkisar untuk
menghilangkan kesunyian diri. Tiba tahap apabila tidak lagi sunyi, kamu
mungkin akan ditinggalkan pula. sebagai bukti yang tidak disampaikan
melalui kata-kata, kejerihan lelaki menghargai kehadiran teman istimewa
dalam kehidupan mereka. Selain itu, cara ini juga digunakan untuk
mengenali diri kekasih dengan lebih mendalam. Bukan senang tau untuk
seorang lelaki mengambil sedikit masa mengimbau dan mengenang kembali
kenangan lama apatah lagi sesuatu yang dirasakan penting bagi kamu.
Berkongsi Masalah
Lumrah seorang lelaki, sukar untuk berkongsi masalah terutamanya
yang melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah
kepada orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya mereka
sudah bersedia untuk berkongsi masalah, ini merupakan petunjuk
bahawa sang Adam sudah mula mempercayai dan menerima kamu sebagai
sebahagian daripada hidup.Tetapi awas! Kamu perlu bijak untuk mengesan
sama ada luahan hati itu sebetulnya ikhlas atau hanya cuba
untuk menagih simpati. Berhati-hatilah kerana seorang lelaki tidak akan
menceritakan segala masalah jika baru sehari dua perkenalan kerana
kebiasaannya ia akan mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan
perkenalan pelbagai masalah dikongsi oleh si dia, kamu seharusnya
lebih berhati-hati.
Oh, Suria...
Percayalah pada isi hati dan naluri kamu.Jangan bertindak terlalu
terburu-buru. Tiada gunanya mendambakan diri kepada yang
tidak menghargai dan tidak menganggap kamu sebagai seorang
penting.Ingatlah bahawa kamu juga berhak berasa istimewa.
No comments:
Post a Comment