Biarpun kamu sudah tahu
sebahagian daripada jawapan yang akan lahir dari dalam hatinya , namun tidak
salah andainya di tanya lagi untuk mendapatkan kepastian.Bukan itu sahaja , ia
juga menambahkan lagi kemesraan antara kamu dan si dia.jadi apa kata kamu bertukar-tukar
jawapan melalui pertanyaan ini.Mungkin juga kamu akan ketemu sesuatu yang
selama ini kamu tidak pernah ketahui.
1.
Kamu suka saya ucapkan
"saya cinta kamu" selalu atau sekali sahaja?
Kenapa ? Ada orang yang
mahu kekasihnya mengucapkan ucapan keramat tersebut. Tetapi ada juga merasakan
perbuatan lebih penting daripada kata-kata. Cara orang ingin dicintai adalah
berbeza-beza ,itu ynag kamu dan si dia harus tahu.
2.
Apa lagi yang harus kita
lakukan agar hubungan kita akan sentiasa bahagia?
Kenapa? Sekali lagi
adalah penting untuk kita berkongsi bagaimana kita dan dia ingin disayangi. Ada
yang pasangan mahu kamu lakukan untuk menyemarakkan hubungan cinta.
3.
Nyatakan sekiranya ada
sikap saya yang kamu kurang senang?
Kenapa? Masih mahu Tanya
lagi kenapa.ianyakan sudah jelasagar kita boleh saling memperbaiki kekurangan
diri masing-masing.
4.
Kamu lebih sukakan
hubungan yang tenang atau selalu ada pergolakan?
Kenapa? Perbezaan pendapat
dan perselisihan faham adalah sesuatu yang sememangnya tidak daopat dielakkan.
Ada orang sengaja mahu cipta pergolakan kerana dengan cara itu hubungan jadi
bertambah rapat. Namun ada juga yang tidak suka kerana merasakan perkara itu
remeh-temeh.
5.
Bentuk sokongan apa yang
kamu harapkan dari saya?
Kenapa? Sokongan dan
dorongan itu bentuknya macam-macam. Ada orang yang suka diberi sokongan untuk
membantu kita atau si dia mengatasi masalah.
6.
Sekiranya kamu stress
dan menghadapi banyak masalah ,kamu lebih suka bersendirian atau ditemani oleh
orang yang kamu sayang?
Kenapa? Ini supaya kamu
dan si dia tahu apa yang mesti dilakukan di saat salah seorang dari kamu
menghadapi tekanan atau masalah yang berat.
7.
Sebutkan 5 perkara dalam
hidup kamu yang paling berharga?
Kenapa? Penting untuk kamu
ketahui kerana sekurang-kurangnya kamu tahu apa yang penting dalam hidupnya.
8.
Apa yang pertama kali
membuatkan kamu tertarik pada saya?
Kenapa? Ini juga penting
supaya kamu tahu apa kekuatan diri kamu sehingga boleh memikat hati dia. Jadikan
kekuatan ini untuk terus pikat hatinya agar tidak berpaling pada insan yang
lain.
9.
Perkara yang sukar untuk
kamu luahkan?
Kenapa? Contohnya, kita
selalu berasa lemah sekiranya si dia mula menyendiri dan tidak mahu kamu
menemaninya. Kamu akan menjadi curiga mula berfikir si diaa sudah ada yang
lain. Namun,seandainya persoalan ini terjawab kamu mesti lebih memahaminya.
10.
Apa yang telah saya
lakukan untuk kamu membutkan cintaamu bertambah kukuh terhadap saya?
Kenapa? Kamu perlu tahu
apa yang membuatkan cintanya tidak berubah dari semasa ke semasa. Biarlah apa
yang telah kamu lakukan untuk si dia bukan hanya sekali kamu lakukan tetapi
berkali-kali agar kasih sayangnya
bertambah.
No comments:
Post a Comment