Wednesday, May 30, 2012

Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh

Ramai menyangka perihal jodoh itu dapat dirancang. Kenyataannya tidak. Jodoh adalah ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.
Ramai orang yang bercinta tetapi putus di tengah jalan. Mereka tidak bernikah kerana seorang daripada mereka bernikah dengan orang lain yang baru dikenalinya. Ramai juga yang bercinta bertahun tahun lamanya sebelum kejinjang pelamin kerana mahu menduga pasangan masing masing. Kemudian apabila sudah bosan mereka berpisah dan memberi alasan sudah tidak serasi. Mereka mencari pasangan lain yang dirasakan tidak membosankannya. Akhirnya, mereka terjerumus ke kancah maksiat.
Apabila memilih jodoh, bukan sedikit anak muda yang memandang paras yang rupawan, dan wajah yang tampan, kekayaan dan harta benda. Banyak juga perkhawinan yang hancur kerana pasangan masing masing sudah tidak cantik, tidak tampan ataupun jatuh miskin. Ada juga orang yang bercinta dan sering keluar "dating", tetapi akhirnya bernikah dengan orang lain.
Benar, jodoh itu di tangan Allah kerana ramai yang bernikah bukan kerana nafsu ataupun cinta buta, melainkan atas sebab agama.
Ada yang takut mahu berkahwin kerana miskin, tetapi tanpa kita sedari hampir semua orang menjadi kaya selepas berkahwin.
Apakah hikmah daripada kisah kisah jodoh ini? Nampaknya, orang sekarang lebih mengutamakan paras rupa, bentuk tubuh, harta kekayaan, dan keseronokan dunia dalam mencari jodoh. Mereka seolah olah enggan mempercayai ketetapan Allah berkenaan jodoh mereka. Sama ada orang itu sedang menyiapkan diri bagi bernikah ataupun baru terfikir ke arah itu, ataupun sudah terlena dalam pergaulan bebas, hakikatnya mereka lebih suka bercinta sebelum bernikah tanpa ada sedikit perasaan takut kepada Allah. Bermacam macam alasan diberi kononnya sudah suka sama suka dan tanpa segan silu mereka menjalinkan hubungan terlarang.
 Malah ada yang berkata perbuatan mereka itu adalah hak asasi sebagai manusia. Semuanya demi membenarkan kesalahan masing masing. Asalkan tidak merugikan dan mengganggu orang lain, pedulikan kata orang lain. Ternyata, mereka lupa pada hukum Allah. Akibatnya, Allah memalingkan tujuan asal mereka yang mahu mencari jodoh demi membina ikatan yang diberkati. Nauzubillahi Min Zalik.
Ada juga yang beranggapan bercinta dahulu sebelum bernikah juga penting kerana pernikahan hanya sekali seumur hidup. Malah, ada yang bercinta lebih daripada sekali. Apabila berumah tangga, mereka mula berasa bosan kerana sudah biasa bertemu mesra. Dalam majlis perkahwinan, sudah tidak ada perasaan berdebar debar, teruja dan kejutan. Sebaliknya, terasa hambar dan basi seolah olah tidak ada yang istimewa lagi.
Pada mereka yang memegang prinsip "jangan sampai tersalah pilih", mereka seronok bertukar tukar kekasih sebelum bernikah. Mereka rela menjadi bekas kepada kekasih hati mereka sendiri. Kemudianya, mereka berumah tangga selepas penat bercinta semasa muda. Apabila lanjut usia, mereka bernikah dengan pasangan yang seadanya sahaja kerana sudah tidak kuasa mahu mencari pasangan lain yang lebih baik, sedangkan pernikahan adalah seumur hidup.
Satu lagi alasan bagi menangguhkan pernikahan sehingga sudah lanjut usia adalah mahu bersedia zahir dan batin. Akibatnya, apabila sudah sedia mahu berumah tangga, tidak ada pula gadis ataupun jejaka pilihan hati yang dapat diajak ke jinjang pelamin. Akhirnya, kerana tidak ada pilihan dan tidak daya lagi menahan nafsu, mereka berkahwin dengan siapa sahaja yang sudi. Kesudahannya, pernikahan dilansungkan tanpa membuat pertimbangan kualiti amalan agama, keturunan, dan akhlak pasangan masing masing.
Malang nasib mereka yang lambat bernikah kerana mahu bersedia zahir dan batin. Realitinya, orang itu sudah bersedia bernikah. Bekalan berumah tangga semua sudah cukup tetapi rasa waswas menyelubungi mereka kerana asyik memikirkan sebab sebab dan akibat selepas bernikah. Apabila dikurniakan cahaya mata, anak yang menjadi mangsa.
Mengapa? Anak yang meningkat usia remaja dan mahu melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi , pasti memerlukan belanja yang besar. Malangnya, ibu dan ayah sudah tua dan tidak berdaya mahu bekerja keras mencari pembiayaan pelajaran anak. Akibatnya, pelajaran anak yang tersekat.
 Sememangnya ini bukan rahsia lagi. Anak anak muda nampak bingung kerana memikirkan segala masalah yang disebutkan tadi, sedangkan mereka sudah bersedia bernikah. Sayang sekali, anak anak muda sekarang mudah goncang jiwanya kerana dilanda krisis kepercayaan dan kerohanian. Mereka terjebak dalam khayalan memuja muja fizikan tubuh dan nafsu yang berlebihan.
Akhirnya, kesempurnaan hanya milik Allah. Selain Allah, pasti ada kekurangan, termasuk diri ini. Sekiranya ada salah dan silap dalam apa jua bentuk, saya mengalu alukan kritikan dan saranan daripada pembaca yang budiman.
- Artikel iluvislam.com
Berikut adalah Tips yang dapat membantu anda untuk memilih kasut sebelum anda membelinya agar kaki anda selesa dan terpelihara ketika memakainya.
1. Waktu terbaik untuk membeli kasut ialah pada tengahari kerana di waktu ini kaki manusia mengembang atau lebih besar dari biasa.
2. Kedua kaki manusia tidak sama besar di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang satu lagi. Pastikan anda membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar.
3. Pilih kasut yang besar pada bahagian depannya untuk keselesaan jari.
4. Pastikan tumit dan tapak kaki anda selesa memakainya. Permukaan kasut anda sebaiknya lebih lembut dan tidak keras untuk memastikan keselesaan kaki.
5. Usah pakai kasut tumit tinggi kerana ianya menyebabkan struktur badan anda tidak stabil.

Saturday, May 19, 2012

18 Cara Merawat Hati


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
Bukhari dan Muslim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.
Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

Artikel oleh Ustaz Abu Basyer / Design Oleh Zulhafidz Yahaya
بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112) 

Thursday, April 26, 2012

Soal Jawab : Ustaz Azhar Idrus 'Repose'!


Assalamualaikum kepada muslimim dan muslimat yang dikasihi Allah, hari ini En.Koala ingin berkongsi sedikit mengenai beberapa soalan yang dikemukakan oleh Ustaz Azhar Idrus, soalan ini diambil ketika ceramah di  masjid Shah Alam 29 Januari yang lepas dan En.Koala mahu "repose" balik apa yang dikatakan oleh Ustaz Azhar. Mungkin ada yang tidak dapat pergi mahupun mendengar ceramah Ustaz atau mungkin masih ada yang belum tahu langsung tentang ceramah ini. Soalan ini En.Koala jumpa dalam blog fitrihadi dan mahu bersama-sama sebarkan kepada semua orang Islam. Yang tak pandai bahasa melayu pun, harap-harap ada yang boleh translate untuknya, ;) . Kali ini Ustaz Azhar Idrus menjawab 26 soalan yang sering menjadi tanda tanya orang ramai dan semoga ilmu yang dikongsi Ustaz mampu menjawab persoalan anda. Wallahualam ~

Ustaz Azhar Idrus ketika di masjid Shah Alam


1. Boleh tak orang laki pakai perhiasan perempuan?
Orang laki-laki takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan contohnya. “Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan.” Sembahyang sah walaupun pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi) ditulis dosa.

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):
BF: U malam-malam pakai baju apa?
GF: I malam-malam baju kelawar.
BF: I kelawar jugak.

2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan? 
Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

***Perumpamaan perempuan oleh UAI:

“Orang puang ni sama macam Lamborghini. Beli Lamborghini, gi Subang, tukar buh side mirror Kancil. Org tanya, “Guaner tukar side mirror buh Kancil?” “Nak bagi nampak lawo.” Takdok berlaku. Lamborghini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah.

Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta.” Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah.” Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu belum pakai baju perempuan.

3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.
Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

4. Saya kije syarikat isteri saya. Gaji RM6000 sebulan. Tapi dia bagi RM3K je kat saya, RM3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut saya kawin sorang lagi. Apa hukum?
Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5. Sorang mak nyah yang telah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?
- Tak wajib buat pembedahan semula
- Tanggung akibat tak dapat kahwin dan sebagainya.
- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.
- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid
- Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?
"Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal". 

8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?
Ada tiga pendapat:
- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.
- Hendaklah kita tunaikan solat-solat fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. Biar 5 fardhu jangan kurang.
- Diterima, sebab kita dah sembahyang.

Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

9. Apa hukum tak bayar tol?
"Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol untuk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan untuk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yang ada skang, untuk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar".


10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?
Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. Kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. Kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami seperti tak bagi nafkah.

11. Saya photographer part-time. Saya upload gambar tak bertudung. Publish utk marketing je. Hukum?
Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.

UAI: “Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam.”

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.
Mesti diwujudkan benda yang sama di tempat tu balik dengan harga yang sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.

13. Suami jenis ungkit.
Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar-benar suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

UAI:”Rima(harimau) tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima.”

UAI: “mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. Boleh bini lain.”

UAI: “Payah nak cari yang penyayang macam saya”

14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?
- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya – Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.
- 3 hari dan kurang – musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas – pemukim.

15. Boleh ambik air wudhu’ putus-putus? Ambik kat rumah, perabis di surau.
- Sunat selesaikan segera amik wudhu’. Nabi SAW pernah amik wudhu’ dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bagitau isteri dia ke tak yang dia skandal?
UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. Kita jumpa suami dia cakap ngan org puang. Kita takleh kabor kat bini dia. Kabor lah kat empunya diri. Tanya dia untuk tegur dan tahu perkara sebenar. Jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa facebook.
Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza-beza. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk-nunjun, sia-sia perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram
- Perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.
- Suara ni ada dua hukum: suara aurat dan suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.
- Sebaiknya, perempuan jangan nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah.
- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yang Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )
- “Celakalah orang yg tidak solat. celakalah org yg minum arak.” – ada dalam nas
- Ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.
- Nasihat; benda yang lembut kita lembut, benda keras kena keras.
- Jangan sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:
- Laki boleh rambut panjang jangan sampai nampak macam puang. orang kata pompuang takleh.
- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.
- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.
- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?
- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?
- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.
- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak – pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram walaupun ayah dia bogel.
- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik-baiknya. Aib pada mayat jika orang lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah buat benda buruk?
- Amalan yang tidak diterima doa, doa orang yang makan yang haram.
- Kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yang menghalang doa diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat?
Tak dapat.

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?
- Sumpah dikira bila kata “Demi Allah.” Contoh: “Wallah, Tallah”.
- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.
- Dia boleh kahwin dengan org lain walaupun dah bersumpah atas nama Allah tapi kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan orang miskin.
- Iktibar lagu maher zain, “barakallahulakuma” untuk ucap tahniah org kahwin. Bukan kata, “moga kekal ke anak cucu.”

26. Soalan terakhir. Bolehkah saya selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang-alang dah mandi, baik mandi wajib.
Jawabnya: bid’ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. Mandi-mandi ni perintah Allah, takleh nak main-  main. Mandi wajib ada sebabnya tersendiri. Niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala

http://www.awanibiru.com

Dato' Ismail Kamus : 7 Rahsia Perkahwinan


Kahwin

En.Koala bertanya, "Adakah anda ingin kahwin?" ... Mesti semua orang mahu dan berkeinginan untuk kahwin. Tapi, mengapa ada dalam kalangan kita maish lagi ingin tidak berkahwin atau menangguhkan perkahwinan? Sedangkan kahwin itu, banyak faedahnya.

Jadi, sudah semestinya semua orang ingin berkahwin. Mempunyai seorang isteri atau suami, mempunyai anak-anak yang ramai, dan hidup bahagia bersama keluarga yang dibina.

Di dalam perkahwinan terdapat rahsianya yang tersendiri. Ianya terdiri daripada 7 rahsia utama yang dikongsikan oleh Dato’ Ismail Kamus, seorang perunding motivasi dan penceramah bebas serta seorang pengamal perubatan Islam.


Di sini, kami sampaikan kepada anda 7 rahsia utama dalam perkahwinan.

1. Sunah para nabi dan rasul

Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunah para nabi dan rasul. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Demi sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.” (Surah Al-Ra’d: 38)

2. Zuriat keturunan

Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah SWT.

3. Suatu ibadah

Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang, dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredai. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW bermaksud,

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

4. Bertanggungjawab

Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk yang miskin. Islam ingin mengikis rasa takut, tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.

Ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud,

“Sesiapa yang meninggalkan perkahwinan kerana takut kemiskinan maka ia bukanlah daripada golonganku.”

5. Memelihara maruah

Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatannya. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah (nafsu syahwat).”

6. Menyuburkan perasaan keibubapaan

Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan, pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7. Disiplin rumah tangga

Melalui perkahwinan wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri, ubu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

http://www.awanibiru.com

Tips Mencari Cinta Untuk Adam & Hawa


Wahai kaum Adam...

Andai mahu mencari Hawa..

1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.

2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.

3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.

Untuk Hawa pula..

Andai mahu menerima cinta Adam…

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Apa yang dilihat pada zahir tidak mengambarkan pada yang batin… carilah yang benar2 beriman dan taat Kepada Allah maka kita kan gembira dengan keredhaanNya..

http://www.awanibiru.com

Bercouple Atau Jual Mahal


Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber'dating' sebelum melangkah ke alam perkahwinan?
Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?
Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.
Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah.
Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.
Tetapi saya memang bingung.
Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.
Cinta Monyet
Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet.
Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar.
Ada sahaja rakan-rakan yang ber'cinta' seawal darjah lima.
Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini.
Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu.

Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah lima.
Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat.
Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja.
Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam.
Kenyataan-kenyataan seperti; batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman.
Aduh! Saya menjadi semakin bingung.
Benarkah ini semua?
Erti couple, cinta dan perkahwinan
Kini setelah saya berusia dua puluh dua tahun, saya semakin mengerti.
Kisah pasangan berdua-duaan yang saya fikirkan semasa kecil, bukanlah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam.
Bahkan, Islam sebagai cara hidup menggariskan cara yang cukup indah dan sempurna untuk mengikat pertalian antara adam dan hawa.
Kisah cinta monyet yang membingungkan semasa di zaman sekolah juga dapat saya cari jawapannya.
Buku Tentang Cinta karangan Ustaz Pahrol banyak membantu saya untuk memahami isu ini.
Tambahan pula, semasa saya di Kolej Yayasan UEM Lembah Beringin, forum Tentang Cinta telah diadakan. Panel-panel terdiri daripada Ustaz Pahrol sendiri, Ustaz Hashim (trainer Fitrah Perkasa) dan Ustaz Hasrizal.
Panel yang hadir cukup berpengalaman kerana mereka jauh lebih dewasa dan sudah berkeluarga.
Islam dan Cinta
Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan.
Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.
Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet?
Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?
Bercinta adalah berkasih sayang.
Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri?
Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri.
Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?
Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya.
Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing - lelaki dalam hidup seorang wanita.
Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.
Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling).
Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan.
Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui(bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah cukup dewasa memahami permasalahan ini).
Perkahwinan yang memang bergelora.
Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak; Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok.
Jual mahal?
Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber'boyfriend', maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal.
Nasihat seperti , jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.
Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber'boyfriend' itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih?
Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan?
Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?
Isu yang berat untuk difikirkan bersama.
Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".
Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.
Tulisan ini sekadar perkongsian yang sudah mula saya fikirkan sejak kecil lagi. Mencari-cari apakah formulanya sedangkan Islam memang ada jawapannya.
Tulisan ini juga sekadar muhasabah diri dan mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kakak kandung saya yang bakal melansungkan pernikahan Sabtu ini.
Juga buat senior mahupun junior yang selamat diijabkabulkan sepanjang cuti ini.
Tahniah dan selamat menempuh alam baru!