Thursday, May 31, 2012

Ingin Menjadi Gadis Idaman Lelaki?

Misi kamu sebagai seorang perempuan, bukanlah sekadar memenangi hati si dia tetapi kamu haruslah pandai mengambil hati teman-temannya juga. Pada saat beginilah kamu sebenarnya dapat memiliki hatinya secara menyeluruh. Oleh itu kamu harus... Menjadi lebih fleksibel Kebanyakan para lelaki bebas daripada drama (seperti yang berlaku pada sekelompok perempuan) kerana lelaki lebih spontan dan tidak terlalu mengambil sesuatu benda kecil sebagai perkara serius. Lelaki cukup selari melakukan sesuatu secara rawak. Sebagai contoh, jika mereka sudah sepakat untuk mengadakan satu-satu aktiviti adalah tidak mustahil sekiranya perancangan tersebut dibatalkan pada saat-saat terakhir. Perhubungan sepatutnya menjadi perkara yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang perlu dirancang sehari ke sehari. Kamu haruslah menyerap segala yang mungkin dan menjadi lebih fleksibel! Tahu bergurau Seseorang gadis yang terlalu serius semestinya akan terus dijauhi para lelaki. Apa salahnya sekali sekala kamu menunjukkan sifat kamu yang berlainan seperti berjenaka atau bergurau? Lelaki cukup tertarik pada gadis yang mempunyai sense of humor yang tinggi, pandai berseloroh serta tidak mengambil sesuatu gurauan itu sebagai sesuatu yang serius. Lelaki menyukai ideologi di mana dia merasakan sifat seseorang perempuan itu adalah sama seperti dirinya juga. Pada dasarnya, jika kamu mempunyai personaliti yang menarik tentunya kamu akan disenangi oleh banyak pihak. Menjadi lebih aktif Lelaki mana yang tidak suka pada cabaran dan tidak gemarkan sukan? Senang cerita lelaki sentiasa mahu kekal aktif dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti. Apa salahnya sesuatu aktiviti yang baharu ditambah pada rutin temu janji biasa kamu? Contohnya menonton wayang, makan dan kemudiannya bermain go-kart. Pendek kata, jika lelaki menjumpai gadis yang gemar bermain futsal, tentunya mereka akan rasa teruja! Tunjukkan yang kamu prihatin Jarang sekali lelaki akan berkongsi masalah diri atau peribadi pada orang lain. Jika mereka menjumpai seseorang yang boleh dikongsi perasaan bersama, nescaya akan melekatlah dia kepada gadis tersebut. Perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh seperti mendengar masalah, menghantar pesanan rindu dan ucapan selamat malam sebenarnya turut dihargai oleh sang jejaka. Perkara-perkara sebegini membuatkan diri mereka lebih dihargai tanpa merasakan terlalu dikawal atau si kekasih seorang yang mengada-ngada.

Wednesday, May 30, 2012

Filem Aku Ada, Kau Ada?! ~


Filem bergenre romantik komedi ini memaparkan kisah cinta remaja yang bermula dari perasaan benci dan dendam yang lama-kelamaan bertukar suka antara satu sama lain.
Aku Ada, Kau Ada ??? menampilkan dua bintang yang mendapat jolokan pasangan serasi iaitu Shaheizy Sam dan Yana Samsudin. Dalam filem ini, mereka perlu memainkan watak yang begitu berbeza daripada filem-filem lakonan mereka yang sebelumnya. Di samping itu, pelakon-pelakon lain yang turut sama menjayakan watak dalam filem seperti Kamal Adli, Angah Raja Lawak, Sheila Mambo, Siti Chubby dan ramai lagi. Turut memperkenalkan Wanna Ali dan Sufian Ali, pelakon baru yang cuba di asah bakatnya yang bakal mewarnai dunia seni tanah air.

Sinopsis:
Nordin Ahmad (20) adalah pelajar tahun kedua yang teringin untuk dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sangat sakit hati bila Nordin mendapat perhatian dari pelajar perempuan. Tina (20) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej. Tina tidak merasakan dia bermasalah walaupun dia sebenarnya adalah seorang panas baran tahap kronik. Namun bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sakit marah Tina menjadi makin menjadi.
Masalah menjadi lebih besar bila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Yang jelas, mereka saling membenci. Aziz suka Tina kerana dia melihat sendiri kebencian Tina pada Nordin. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar yang dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luahkan perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi hanya jika Nordin menerima cintanya. Nordin pula kurang pasti jika dia betul-betul sukakan Tina jadi sebelum sempat Tina luahkan perasaannya pada Nordin, Nordin laksanakan “teknik istimewa”nya ke atas Tina.
Melalui “teknik istimewa”nya, Nordin yakin dia sukakan Tina tapi malangnya, teknik Nordin itu buat Tina yakin Nordin bencikan dia. Tina buat keputusan keluar dari kumpulan. Namun Nordin sedar yang ianya masih tidak dapat menyelesaikan masalahnya selagi dia tidak berterus terang dengan Tina. Namum pada hari persembahan, kumpulan Nordin mengalami masalah bila apa yang dirancang tidak menjadi. Bila keadaan mula terdesak, Tina muncul dan buat persembahan bersama Nordin. Mereka pamerkan sebuah persembahan yang mantap.

Ost Aku Ada,Kau Ada???

 



Gambar-gambar









Filem Hoore ! Hoore !



Sinopsis:
Filem ini mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya ber...nama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.

Ost :


FILEM MAN SEWEL DATANG KL


Sinopsis Filem Man Sewel Datang KL | Osman/Man, pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur dan tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.
Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan.

Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Man kemudiannya pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.
Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali pula seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit dalam kegiatan jenayah. Bagaimana Man mahu berhadapan dengan Salim? Adakah benar tuduhan yang dilemparkan kepada Salim? Saksikan hero sewel ini yang cuba menyelongkar kebenaran yang tersembunyi dengan cara gila-gilanya.

Barisan Pelakon Man Sewel Datang KL | Shuib Sepah, Siti Sarah Raisudin, Julia Ziegler, Razali Hussain, Rafidah Ibrahim, Rosnah Mat Aris, Zaibo, Rosli Rahman Adam & Chef Yang Jamil.
 









Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh

Ramai menyangka perihal jodoh itu dapat dirancang. Kenyataannya tidak. Jodoh adalah ketetapan Tuhan yang tidak berubah biarpun sedikit.
Ramai orang yang bercinta tetapi putus di tengah jalan. Mereka tidak bernikah kerana seorang daripada mereka bernikah dengan orang lain yang baru dikenalinya. Ramai juga yang bercinta bertahun tahun lamanya sebelum kejinjang pelamin kerana mahu menduga pasangan masing masing. Kemudian apabila sudah bosan mereka berpisah dan memberi alasan sudah tidak serasi. Mereka mencari pasangan lain yang dirasakan tidak membosankannya. Akhirnya, mereka terjerumus ke kancah maksiat.
Apabila memilih jodoh, bukan sedikit anak muda yang memandang paras yang rupawan, dan wajah yang tampan, kekayaan dan harta benda. Banyak juga perkhawinan yang hancur kerana pasangan masing masing sudah tidak cantik, tidak tampan ataupun jatuh miskin. Ada juga orang yang bercinta dan sering keluar "dating", tetapi akhirnya bernikah dengan orang lain.
Benar, jodoh itu di tangan Allah kerana ramai yang bernikah bukan kerana nafsu ataupun cinta buta, melainkan atas sebab agama.
Ada yang takut mahu berkahwin kerana miskin, tetapi tanpa kita sedari hampir semua orang menjadi kaya selepas berkahwin.
Apakah hikmah daripada kisah kisah jodoh ini? Nampaknya, orang sekarang lebih mengutamakan paras rupa, bentuk tubuh, harta kekayaan, dan keseronokan dunia dalam mencari jodoh. Mereka seolah olah enggan mempercayai ketetapan Allah berkenaan jodoh mereka. Sama ada orang itu sedang menyiapkan diri bagi bernikah ataupun baru terfikir ke arah itu, ataupun sudah terlena dalam pergaulan bebas, hakikatnya mereka lebih suka bercinta sebelum bernikah tanpa ada sedikit perasaan takut kepada Allah. Bermacam macam alasan diberi kononnya sudah suka sama suka dan tanpa segan silu mereka menjalinkan hubungan terlarang.
 Malah ada yang berkata perbuatan mereka itu adalah hak asasi sebagai manusia. Semuanya demi membenarkan kesalahan masing masing. Asalkan tidak merugikan dan mengganggu orang lain, pedulikan kata orang lain. Ternyata, mereka lupa pada hukum Allah. Akibatnya, Allah memalingkan tujuan asal mereka yang mahu mencari jodoh demi membina ikatan yang diberkati. Nauzubillahi Min Zalik.
Ada juga yang beranggapan bercinta dahulu sebelum bernikah juga penting kerana pernikahan hanya sekali seumur hidup. Malah, ada yang bercinta lebih daripada sekali. Apabila berumah tangga, mereka mula berasa bosan kerana sudah biasa bertemu mesra. Dalam majlis perkahwinan, sudah tidak ada perasaan berdebar debar, teruja dan kejutan. Sebaliknya, terasa hambar dan basi seolah olah tidak ada yang istimewa lagi.
Pada mereka yang memegang prinsip "jangan sampai tersalah pilih", mereka seronok bertukar tukar kekasih sebelum bernikah. Mereka rela menjadi bekas kepada kekasih hati mereka sendiri. Kemudianya, mereka berumah tangga selepas penat bercinta semasa muda. Apabila lanjut usia, mereka bernikah dengan pasangan yang seadanya sahaja kerana sudah tidak kuasa mahu mencari pasangan lain yang lebih baik, sedangkan pernikahan adalah seumur hidup.
Satu lagi alasan bagi menangguhkan pernikahan sehingga sudah lanjut usia adalah mahu bersedia zahir dan batin. Akibatnya, apabila sudah sedia mahu berumah tangga, tidak ada pula gadis ataupun jejaka pilihan hati yang dapat diajak ke jinjang pelamin. Akhirnya, kerana tidak ada pilihan dan tidak daya lagi menahan nafsu, mereka berkahwin dengan siapa sahaja yang sudi. Kesudahannya, pernikahan dilansungkan tanpa membuat pertimbangan kualiti amalan agama, keturunan, dan akhlak pasangan masing masing.
Malang nasib mereka yang lambat bernikah kerana mahu bersedia zahir dan batin. Realitinya, orang itu sudah bersedia bernikah. Bekalan berumah tangga semua sudah cukup tetapi rasa waswas menyelubungi mereka kerana asyik memikirkan sebab sebab dan akibat selepas bernikah. Apabila dikurniakan cahaya mata, anak yang menjadi mangsa.
Mengapa? Anak yang meningkat usia remaja dan mahu melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi , pasti memerlukan belanja yang besar. Malangnya, ibu dan ayah sudah tua dan tidak berdaya mahu bekerja keras mencari pembiayaan pelajaran anak. Akibatnya, pelajaran anak yang tersekat.
 Sememangnya ini bukan rahsia lagi. Anak anak muda nampak bingung kerana memikirkan segala masalah yang disebutkan tadi, sedangkan mereka sudah bersedia bernikah. Sayang sekali, anak anak muda sekarang mudah goncang jiwanya kerana dilanda krisis kepercayaan dan kerohanian. Mereka terjebak dalam khayalan memuja muja fizikan tubuh dan nafsu yang berlebihan.
Akhirnya, kesempurnaan hanya milik Allah. Selain Allah, pasti ada kekurangan, termasuk diri ini. Sekiranya ada salah dan silap dalam apa jua bentuk, saya mengalu alukan kritikan dan saranan daripada pembaca yang budiman.
- Artikel iluvislam.com
Berikut adalah Tips yang dapat membantu anda untuk memilih kasut sebelum anda membelinya agar kaki anda selesa dan terpelihara ketika memakainya.
1. Waktu terbaik untuk membeli kasut ialah pada tengahari kerana di waktu ini kaki manusia mengembang atau lebih besar dari biasa.
2. Kedua kaki manusia tidak sama besar di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang satu lagi. Pastikan anda membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar.
3. Pilih kasut yang besar pada bahagian depannya untuk keselesaan jari.
4. Pastikan tumit dan tapak kaki anda selesa memakainya. Permukaan kasut anda sebaiknya lebih lembut dan tidak keras untuk memastikan keselesaan kaki.
5. Usah pakai kasut tumit tinggi kerana ianya menyebabkan struktur badan anda tidak stabil.

Saturday, May 19, 2012

18 Cara Merawat Hati


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."
Bukhari dan Muslim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap penyakit akan ada ubatnya. Penyakit yang paling sukar diubati adalah penyakit hati manusia. Jika hati manusia sudah sakit dan pemilik hati tersebut tidak tahu bahawa hatinya berpenyakit maka sukar untuk di ubati. Tetapi jika pemilik hati tahu dia sedang sakit dan berusaha untuk mencari penawarnya maka ianya satu petanda bahawa ubat yang dicari akan ditemui dan insya Allah hati tersebut akan dapat di ubati dan akan menngalami penyembuhan.
Terdapat 18 cara dan rawatan hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
11. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
12. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
13. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
14. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
15. Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
16. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
17. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
18. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita beramal dengan 18 perkara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak. Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.

Artikel oleh Ustaz Abu Basyer / Design Oleh Zulhafidz Yahaya
بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112)