Thursday, April 26, 2012

Basaqah dan Syadaqah., Hadaqah, Hananah, Jangan Engkau Kahwini Wanita Ananah, Mananah,


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".
1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah :
ada 2 makna:
Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6. Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Monday, April 16, 2012

10 Perkara Membuktikan Lelaki Itu Rumit


1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia terasa dirinya hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. .

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada mereka yg bernama lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar..

Apa kata lelaki?

Ujian Personaliti Untuk Anda dan Pasangan Anda


Ujian ini memerlukan anda membuat bayangan dalam minda anda!!!!

SITUASI : Bayangkan ada sekarang berada ditengah-tengah hutan tebal, ketika anda berjalan-jalan dalam hutan tebal tersebut anda melihat sebuah rumah(pondok) usang dan anda menghampiri pondok tersebut:

Soalan :

1 . Ketika anda sampai di rumah usang tersebut, pintu rumah tersebut

  • terbuka
  • tertutup

2. Anda masuk ke dalam rumah tersebut lalu anda terlihat sebuah meja, meja tersebut berbentuk

  • bulat
  • bujur
  • segiempat
  • segitiga

3. Diatas meja tadi terdapat sebuah pasu, dalam pasu tersebut

  • berisi dengan air sepenuhnya
  • berisi dengan air – separuh
  • kosong

4. Pasu tersebut diperbuat dari

5. Kemudian anda keluar dari rumah usang tadi, anda meneruskan perjalanan sehingga sampai di sebuah air terjun. Berapa laju air terjun itu?

  • Beri skala 1-10

6. Anda meneruskan perjalanan, tiba-tiba anda terpijak sesuatu yang keras anda melihat kearah objek tersebut dan rupa-rupanya sebuah key chain. Berapa banyak kunci pada keychain tersebut?

  • Skala 1-10

7. Walaupun penat, anda meneruskan perjalanan sehingga anda terjumpa sebuah istana. Keadaan istana tersebut?

  • Baru
  • Lama

8. Anda masuk ke dalam istana tersebut, anda lihat terdapat sebuah kolam yang keruh/kotor airnya tetapi terdapat banyak barang kemas di kolam itu. Adakah anda akan ambil barang kemas tersebut?

  • Ya
  • Tidak

9. Bersebelahan dengan kolam yang airnya keruh/kotor tadi, terdapat sebuah lagi kolam yang jernih airnya. Kolam ini pula dipenuhi dengan duit terapung dipermukaan air kolam yang jernih ini. Adakah anda akan kutip duit tersebut?

  • Ya
  • Tidak

10. Disebelah bertentangan dengan anda terdapat sebuah pintu keluar, anda berjalan keluar dari melalui pintu tersebut. Diluar istana tersebut terdapat sebuah taman yang luas, anda terlihat sebuah kotak ditengah-tengah taman tersebut. Apakah saiz kotak tersebut?

  • Kecil
  • Sederhana
  • Besar

11. Kotak tersebut diperbuat daripada apa?

  • Kadboard
  • Kertas
  • Kayu
  • Besi

12. Anda berjalan-jalan dalam taman tersebut sehingga sampai disebuah jambatan. Jambatan tersebut diperbuat daripada?

  • Besi
  • Kayu
  • Rotan

13. Diseberang jambatan sana terdapat seekor kuda. Warna apa kuda tersebut?

  • Hitam
  • Kelabu
  • Putih
  • Coklat

14. Kuda tersebut sedang…

  • berdiri ( tak de buat pape la maksudnya)
  • makan
  • berlari-lari

15. Oh…tiba-tiba taufan melanda menghampiri kearah kuda tadi…

Anda ada 3 pilihan

  • menyorok dalam kotak ditaman tadi
  • menyorok bawah jambatan
  • terus menghampiri kuda tadi anda tunggang kuda bersama-sama anda untuk melarikan diri.

PENAFSIRAN KEPADA JAWAPAN ANDA

Jawapan kepada soalan :

1. Pintu terbuka/tertutup

  • Pintu Terbuka – anda seorang yang suka berkongsi dengan pasangan anda
  • Pintu Tertutup – anda lebih suka untuk menyimpan dan tidak gemar berkongsi apa yang anda fikirkan

2. Bentuk Meja

  • Bulat/Bujur – Walaupun anda baru berkawan(tidak kira siapa) anda mempercayai mereka sepenuhnya
  • Petak – Anda agak memilih kawan dan lebih gemar untuk bergaul dengan kawan yang sekepala dengan anda
  • Segitiga – anda sangat memilih untuk berkawan dan anda tidak ramai kawan

3. Air dalam pasu

  • Kosong – Hidup anda kosong dan tidak dipenuhi dengan apa yang anda hendaki
  • Separuh Penuh – Separuh dipenuhi
  • Penuh -Hidup anda penuh dan banyak apa yang citakan telah dicapai

4. Pasu

  • Kaca/Tanah Liat/Porselin – anda lemah
  • Besi/Plastik/Kayu – anda seorang yang kuat

5. Kelajuan Air Terjun

  • 0-4 – Low sex drive
  • 5 – Average
  • 6-10 – High

6. Bilangan Kunci

  • 1-5 – Terdapat hanya sedikit kawan baik dalam hidup anda
  • 6-10 – Anda mempunyai ramai kawan baik

7. Istana

  • Lama – Hubungan Percintaan terakhir anda tidaklah begitu baik dan tiada apa yang anda ingat mengenainya
  • Baru – Hubungan terakhir anda sentiasa anda ingati

8. Barang Kemas dalam Kolam Kotor

  • Ya – Walaupun pasangan anda bersama anda, anda masih menggatai dengan orang lain(jeling-jeling ke,skodeng-skodeng ke)
  • Tidak – Apabila anda bersama dengan pasangan anda, anda hanya memberi tumpuan kepadanya

9. Duit dalam Kolam Bersih/Jernih

  • Ya – Anda menggatai dengan orang lain apabila pasangan anda tidak bersama dengan anda
  • Tidak – Anda setia walaupun pasangan anda tiada disisi anda

10. Saiz Kotak

  • Kecil – Sifat Ego yang renda
  • Sederhana – Sifat Ego Biasa
  • Besar – Ego yang tinggi

11. Kotak diperbuat

  • Cardboard/Kertas/Kayu – Anda seorang yang merendah diri
  • Besi – Bangga diri

12. Jambatan diperbuat

  • Besi – Membuat hubungan yang rapat/kuat dengan kawan-kawan
  • Kayu – Biasa-biasa sahaja
  • Rotan – Tidak berapa bagus hubungan anda dengan kawan-kawan

13. Warna kuda

  • Putih – Pasangan anda begitu bermakna dalam hidup anda dan sentiasa dihati anda
  • Coklat / Kelabu – Pasangan anda hanya biasa-biasa dihati anda
  • Hitam – Pasangan anda tidaklah begitu berada dihati anda

14. Kuda sedang…

  • Berdiri/Makan – Pasangan anda seorang yang merendah diri dan sopan
  • Berlari-lari – Pasangan anda seorang yang liar

15. Taufan datang

  • Menyorok dalam kotak – Apabila ada masalah anda lebih senang simpan sendiri
  • Menyorok bawah jambatan – Anda mencari rakan-rakan apabila mempunyai masalah
  • Lari bersama-sama dengan kuda – Anda lebih senang mencari dan berkongsi masalah dengan pasangan anda

Semua soalan dan jawapan adalah rekaan dan tidaklah 100% benar atau perlu untuk anda percayai apa yang ditulis. Artikel ini sekadar bahan bacaan yang mungkin boleh mengisi masa lapang anda.

http://selangor2u.com

13 Cara Untuk Suami Melayan Isteri dan Cara Rasulullah SAW

Dalam membentuk keharmonian keluarga kedua-dua belah pihak suami dan isteri (mungkin isteri-isteri) perlu memainkan peranan masing-masing. Disini saya kumpulkan beberapa cara yang saya ringkaskan dari pembacaan saya di internet.

  1. Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”
  2. Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)
  3. Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.
  4. Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.
  5. Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.
  6. Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.
  7. Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.
  8. Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.
  9. Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.
  10. Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.
  11. Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.
  12. Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.
  13. Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Dipetik dari : peribadirasullah, Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran :

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali kerumah sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

From selangor2u


10 Tips Asas Kebahagiaan Rumah Tangga

10 Tips Asas Kebahagiaan Rumah Tangga

Semua orang yang berkahwin menginginkan keluarga yang bahagia dan kekal sepanjang umur mereka didunia ini. Namun bukan semua pasangan yang berkahwin akan kekal sehingga ke anak cucu seperti selalu kita ucapkan kepada pasangan yang baru berkahwin “semoga kekal ke anak cucu”.

Akhirnya perceraian menjadi jalan penyelesaian.

Artikel yang saya terima dari emel ini rasanya berguna untuk kita saya kongsi bersama “10 Asas Kebahagiaan Rumah Tangga”

1. Berkongsi tanggungjawab
Suami isteri masing-masing mempunyai peranan di dalam kehidupan berumahtangga. Masing-masing perlu tahu dan faham makna sebenar perkahwinan dan berbincang dari hati ke hati apabila wujud sebarang masalah. Sebagai contoh, tugas untuk menguruskan rumah serta anak-anak. Ini kerana kaum lelaki perlu sedar, berkahwin bukanlah bermakna melantik isteri menjadi orang gaji.

2. Pasangan teman teristimewa
Untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga, anggaplah pasangan sebagai teman yang terlalu istimewa. Pasangan bukan sekadar tempat untuk memuaskan nafsu semata-mata sebaliknya tempat untuk mencurah kasih dan mengadu masalah. Cuba berkongsi hobi atau minat dengan pasangan masing-masing. Jika mempunyai hobi atau minat yang berbeza pula, cuba memahami dan beri ruang kepada pasangan untuk menghabiskan masa bersama hobi yang disukainya itu apabila perlu.

3. Rancang masa depan
Ramai pasangan hari ini yang tidak tahu merancang masa depan. Akibatnya mereka tiada sebarang persediaan apabila sesuatu masalah wujud. Sebagai pasangan suami isteri, perlu saling mengingati dan menabung untuk keperluan hari kemudian. Tidak salah jika sesekali pergi bercuti bersama keluarga asalkan percutian tersebut mampu menghangatkan hubungan suami isteri yang sudah sekian lama terbina.

4. Komunikasi yang baik
Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan amatlah penting untuk menjamin kebahagiaan di alam rumahtangga. Berkomunikasi merupakan keperluan untuk pasangan suami isteri merasai apa yang dikehendaki oleh pasangan masing-masing. Namun komunikasi yang baik, ada caranya dan cuba elakkan menyangkal kata-kata pasangan atau tidak memberi perhatian dengan apa yang diperkatakannya. Beri ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

5. Mengenal ‘bahasa cinta’ pasangan
Terdapat lima bahasa cinta yang perlu diberi perhatian iaitu kata-kata yang memberi keyakinan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan memberikan sentuhan fizikal. Pasangan perlu memahami dan mengamalkannya agar mereka dapar meluahkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain.

6. Mengukuhkan kewangan
Tidak dinafikan wang dan harta benda merupakan satu keperluan hidup pada masa ini. Oleh itu, sebagai ketua ruamhtangga, suami perlu bijak dan berbincang dengan isteri untuk menguruskan kewangan rumahtangga agar sentiasa berjalan lancar. Rancang perbelanjaan dan elakkan pembaziran agar tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak.

7. Selesaikan konflik
Hidup berumahtangga memang tidak lepas daripada konflik dan perselisihan faham. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Untuk kekal bahagia, luahkan segala masalah yang dihadapi dan dan berbincang secara terbuka serta dewasa agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.

Selalunya segala perselisan faham dapat diatasi dengan mudah, jika kedua-dua pihak berfikir secara rasional dan dapat memaafkan pihak yang melakukan kesalahan. Kenang kembali saat-saat manis di awal perkahwinan dahulu dan renungkan wajah anak-anak yang tentunya masih mengharapkan belaian kedua ibu bapa mereka.

8. Hubungan seks
Jangan sekali-kali mengabaikan hubungan seks dengan pasangan. Jika anda mempunyai masalah di dalam perhubungan seks, jangan malu untuk berbincang dan dapatkan rawatan yang sewajarnya. Hubungan seks yang tidak sihat boleh menyebabkan sesebuah perkahwinan itu hancur.

9. Tabah & sabar
Di dalam melayari kehidupan berumahtangga sikap tabah dan sabar perlu ada di dalam diri setiap insan. Ini kerana kehidupan berumahtangga amat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan semasa bujang dahulu. Suami atau isteri juga perlu bersabar dengan kelemahan dan kekurangan pasangan masing-masing dan sentiasa berikan sokongan antara satu sama lain.

10. Santai bersama
Tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk meluangkan masa bersama pasangan masing-masing. Cukup sekadar menghabiskan masa berdua di halaman rumah sambil menghirup secawan kopi. Apa yang penting suasana tenang yang diwujudkan di rumah. Namun, jika berkemampuan, apa salahnya sesekali bawa insan tersayang melihat keindahan negara orang pula.

Rahsia Tarikh Lahir Anda Dan Pasangan Anda

Ingin mengetahui rahsia tarikh lahir anda?? Juga ingin mengetahui rahsia tarikh lahir pasangan anda?

Caranya :

Catatkan tarikh lahir anda dan sebagai contoh saya ambil tarikh lahir ini :

25/09/1985

Tambah semua nombor diatas :

25+09+1985 = 2019

Seterusnya jumlahkan nombor 2,0,1,9

2+0+1+9 = 12

Tambah lagi 1 dengan 2

1+2 = 3

Jadi jawapan untuk tarikh lahir anda ialah 3 jika anda lahir pada 25/09/1985

Jawapan untuk nombor tarikh lahir anda dibawah,

1.KETULENAN

Hadir dengan idea yang baru

Memperolehi sesuatu dengan cara tersendiri

Paling jujur

Diplomasi

Mempunyai ciri-ciri kepimpinan

Suka bekerja sendiri

2.PENDAMAI

Dilahirkan sebagai diplomat

Peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain

Analitikal mengikut gerak hati

Ekstrovet

Sanggup bersendirian jika tidak serasi

Pemalu tetapi boleh meluahkan perasaan tanpa berselindung

Perlu banyak belajar untuk meningkatkan nilai kendiri

3.CERIA

Kreatif

Sosial

Mesra dan romantik

Suka memulakan sesuatu tetapi jarang menghabiskannnya

Sering membuat orang lain gembira dan sanggup buat apa saja untuk mencapainya

Individu yang popular

Idealistik dan perlu banyak belajar

4.KONSERVATIF

Sensitif

Sukakan arahan

Hanya bertindak apabila faham sepenuhnya dan cukup maklumat

Suka bekerja secara solo

Sukakan aktiviti luar

Sabar,tekun dan kadang-kadang juga degil

Perlu belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri

5.PERINTIS

Perintis dan memiliki sikap ingin tahu

Mengambil risiko dan bersemangat

Kepelbagaian dan tidak suka disekat

Sentiasa memerhatikan peluan untuk mempelajari sesuatu yang dialami

Persoalan yang bermain dalam minda tidak pernah berhenti

Dinasihati agar melihat sesuatu dengan teliti

6.ROMANTIK

Idelistik dan perlukan sebab untuk bergembira

Pentingkan keluarga

Setiap keputusan dipengaruhi oleh perasaan

Suka muzik dan seorang teman yang setia

Harus belajar apa yang boleh diubah

7.INTELEKTUAL

Pencari dan suka menyelesaikan sesuatu dengan sembunyi

Sukar menerima sesuatu perkara

Tidak suka dikritik

Suka bersendirian dan berpengetahuan

Sukakan teknikal

Hidup dalam dunia mereka sendiri

Perlu belajar untuk terima kenyataan

8.PENYELESAIAN

Penyelesai masalah dan profesional

Berterus terang dan penilai yang baik

Tegas dan berperancangan

Gemarkan suasana yang tenang

Suka menjadi ketua

Perlu belajar untuk membuat keputusan dan jangan asyik ikut orang lain

9.PELAKON

Mampu menghiburkan orang lain

Penyayang dan pemurah

Tidak bermasalah untuk berkawan

Sukar untuk orang lain memahami mereka

P/S : Sejauh mana kebenaran dan nak percaya ke tidak itu terpulang kepada individu. Saya hanya kongsikan melalui pembacaan saya di internet juga.

Hargailah Anugerah-Nya

Di sebalik kelemahan kaum wanita, tersembunyi seribu satu rahsia yang Allah anugerahkan kepada makhluk ciptaan-NYA yang bertuah ini.

Anugerah itu tidak mampu diterjemah dengan kata-kata sebaliknya ia hanya mampu disingkap oleh wanita yang benar-benar melalui keperitan sebagai seorang muslimah sahaja. Mereka ini, bukan insan yang terpilih ,sebaliknya mereka ini adalah wanita yang dijanjikan kemulian dan darjat yang tinggi di sisi Allah hanya kerana kesetiaan kepada perintah sang pencipta..

Siapakah Muslimah dimaksudkan?

Muslimah tidak pernah akan sama dengan wanita, biarpun dua perkataan " Muslimah" dan " wanita" mempunyai maksud yang serupa tetapi hakikatnya ia berbeza. Dalam dunia ini bilangan wanita sentiasa melebihi mengatasi lelaki. Namun siapa sangka nisbah yang dikatakan besar itu hanya gah pada "angka" sahaja ,secara dasarnya tiada apa yang boleh dibanggakan.

Dalam Al-quran Allah mengangkat darjah wanita dengan berkali-kali menegaskan mengenai kewajipan dan kesamaan hak golongan bertuah ini. Malah terukir penuh sejarah golongan ini dalam suran " An-Nisa" yang bermaksud wanita.

Meskipun begitu, tidak ramai wanita yang menghargai pengiktirafan tertinggi oleh Allah kepada mereka sebaliknya mereka hanya lebih gemar membiarkan nilai diri yang sebenarnya terlalu berharga menjadi harga diri yang susut nilainya.

Wanita yang menghiasi dirinya dengan sifat pemalu, kesopanan budi bicara, keindahan akhlak dan mahal harga diri tidak boleh ditandingi oleh wanita lain. Mereka ini sedaya upaya melengkapi kekurangan diri dengan tuntutan agama. Mereka tidak mudah melayani segala rayuan mahupun pujian yang boleh meruntuhkan pendiriaan, tetapi terus utuh berpegang kepada prinsip agama sebagai bekalan menuntut janji dari Allah di akhirat kelak. Mereka itulah muslimah.

Mahalkan harga dirimu

Arus permodenan yang semakin menghambat manusia kepada keduniaan, adalah pemusnah utama wanita . Lihat sahaja pada hari ini bertapa kemodenan yang kononnya menggambarkan kemajuan sebuah bangsa umpama pedang yang sentiasa menunggu mangsanya. Islam tidak pernah menolak kemodenan malah menyeru umatnya untuk sentiasa kehadapan dalam pelbagai perkara ,malangnya faktor ini tidak difahami secara mendalam oleh kebanyakkan kita.

Wanita abad ini seakan semakin hilang sifat malu seolah-olah menolak fitrah . Aurat mereka sengaja didedahkan untuk menjadi bahan bakar diakhirat kelak. Pergaulan mereka tidak lagi dipagari oleh batas-batas agama, apatah lagi mahu menjaga maruah diri, Semunya dianggap sebagai "kebebasan" , soal agama pula hanya dijadikan alasan sebagai kolot dan pembeban hidup.

Mencabar hukum yang telah ditetapkan Agama umpama sengaja menempah derita. Ungkapan sebegitu mungkin tidak keterlaluan untuk ditujukan kepada golongan wanita yang semakin ego mencabar Allah. Buktinya , kaum hawa semakin ligat "memperjudikan" larangan-larangan agama tanpa segan silu mengulanginya.

Melahirkan anak luar nikah angkara sumbang mahram sudah menjadi kebiasaan , ia bukan perkara yang memeranjatkan . Menonjolkan "kecantikan" sehingga membelakangi batas syariat pula perkara biasa, maka tidak perlu hairan jika mendapat tahu wanita kian lebih kehadapan dalam serba serbi serbi tingkah laku, semuanya sudah menjadi gaya hidup yang tidak mampu dipisahkan.

Platform terbaik untuk wanita islam menunjukkan taring mereka dapat di lihat di Institusi Pengajian tinggi . Perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku dalam kalangan wanita pada hari ini. Jika diteliti, sosial kaum wanita di universiti perlu dirawat segera. Saban hari, kegilaan mereka untuk menagih perhatian semakin melarat. Jika dahulu asalnya bertudung labuh kini telah disingkatkan, dari seorang yang biasa kini sudah memakai wangi-wangian, pergaulan tidak lagi dikawal, malah berpeleseran berlainan jantina sudah dijadikan rutin harian.

Paling menyedihkan, kaum hawa terus membiarkan "imej" sebagai umat islam dicalari dengan ikutan budaya luar. Tidak ramai yang memelihara keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada mereka. Tatkala agama islam sangat mengharapkan pemuda dan pemudinya menyuburkan kembali hidup yang penuh dengan kelazatan bersyariat, umatnya pula seakan-akan sengaja mengabaikannya. Kesimpulannya , dimanakah tanggungjawab kita?

Cabaran sebagai Muslimah

Menyusuri kehidupan sebagai seorang muslimah bukanlah indah seperti yang dijangka .Cabaran yang mereka lalui begitu getir, tidak mampu untuk ditafsirkan dengan kewarasan akal. Namun di sebalik cabaran itu terselit 1001 keredhaan dan Rahmat dari-Nya. Mereka juga asalnya hanya wanita biasa di dunia ini, tetapi mengapa coretan kisah mereka sehingga terpahat dalam al- quran? Mari kita selongkari perjalanan wanita-wanita pilihan Allah .

Mereka misalnya Siti Maryam yang hidupnya penuh zuhud dan taat beribadah kepada tuhannya. Suatu masa tanpa disangka-sangka Allah telah menguji wanita mulia ini dengan ujian yang hebat. Wanita syurga ini dikhabarkan oleh Malaikat bahawa dia bakal melahirkan anak yang cukup istimewa tanpa sentuhan dari seorang bapa.

Siti Maryam menyambut berita itu dengan hati yang penuh tawaduk dan pasrah kepada sang pencipta .Biarpun sedar fitnah bakal menimpa dirinya , tetapi ia tidak dijadikan alasan untuk berpaling dari perintah Allah. Tanpa sebarang perkahwinan mana mungkin bagi seorang putri melahirkan seorang anak , apatah lagi untuk insan sepertinya mempunyai hubungan yang mengundang dosa yang dimurkai Allah, tetapi bagi Siti Maryam Allah lebih mengetahui segala-galanya .

Tatkala mengabdikan diri dalam munajat dan ibadahnya, Siti Maryam menadah tangan menagih perhatian tuhannya, lalu berdoa,
"Tuhanku, apakah aku akan melahirkan seorang anak, sementara tidak ada seorang pun yang menyentuhku"?

Debaran semakin dirasai oleh Siti Maryam , Jiwanya menanti jawapan penuh harapan dari yang Esa. Maka Allah menjawab pertanyaan insan penuh istimewa ini melalui perantaraan malaikat-Nya,

"ALLAH menciptakan sesuatu yang diinginkan-NYA. Dan anak yang akan kamu lahirkan ini akan mempunyai keistimewaan. Dan di antara keistimewaannya adalahdia akan berkata kepada manusia ketika masih dalam buaian."

Perjalanan akhir wanita ini menyingkap seribu satu erti kesetiaan . Ya, inilah kesetiaan yang perlu ditanam dalam jiwa setiap dari kita untuk terus taat kepada Perintah Allah. Mengapa perlu kita terikut-ikut dengan budaya "kafir" yang meruntuhkan nilai wanita islam? Dari soal pakaian sehinggalah aspek pergaulan, wanita islam di Malaysia khususnya jelas jauh ketinggalan . Bukan ketinggalan kerana masih mengekalkan syariat islam, sebaliknya mereka semakin jauh dari fitrah asal kejadiaan iaitu sifat "malu" . Kerana hilang sifat inilah yang membuatkan islam kehilangan "aset" yang amat berharga. Generasi muslimah yang ditungu-tungu untuk mengibarkan semula sejarah "kehebatan" wanita yang diukir dalam Al-quran masih menyepi tanpa sebarang suara.

Tewas sekali lagi

Kepuasan jelas terpancar pada raut wajah musuh-musuh islam yang setia menanti kekalahan umat islam. Kemenangan sudah pasti berpihak kepada mereka tatkala melihat wanita islam terikut-ikut dengan gaya hidup yang dianjurkan mereka . Status sebagai umat islam tidak lagi menggentarkan mereka , ia bukan lagi ancaman yang menggerunkan, sebaliknya musuh-musuh islam hanya tertawa melihat kepada "kebodohan" umat islam yang begitu mudah dipengaruhi. Sejarah tumbangnya kegemilangan islam pada zaman Turki Uthmaniah pada suatu ketika dahulu belum menyedarkan kita. Sejarah yang begitu perit untuk ditelan seakan mahu berulang lagi. Kali ini kita kecundang tanpa pertempuran, tetapi kecundang kerana tidak ada pendiriaan. Kita seolah-olah masyarakat yang begitu mudah untuk diperkotak-katik dan terus diperalatkan . Ironinya, jalan penyelesaian kemudharatan ini hanya dapat diselesaikan oleh mereka yang sanggup mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang muslimah.

- Artikel iluvislam.com