Monday, November 21, 2011

10 Strategi “Sure Gagal” Mendapat Balik Cinta – Tapi 100% Sering Anda Gunakan

saya ingin kongsikan 10 strategi atau cara yang sering orang gunakan semasa berada di dalam keadaan terdesak atau desperate untuk memenangi hati pasangan mereka.

1. Pertama adalah berjanji (reassurance). “I dah berubah, tak ‘control’ lagi macam dulu. Tak sanggup nak ada skandal lagi. Percayalah”, dan sebagainya. Tujuannya untuk menagih simpati dan kepercayaan (yang memang dah goyah). Sure gagal!

2. Strategi kedua adalah mengucapkan “I cinta pada u (insert: nada anda sendiri)” dengan terus menerus. Sure gagal!

3. Strategi ketiga adalah berharap (berlainan dengan berdoa, ingat : doa + usaha yang betul = hasil). Inilah yang dikatakan wishful thinking. Kalau nak memancing, carilah tempat yang ada ikan. Ikan tidak akan muncul jika anda memancing di kolam hiasan yang tiada ikan tidak kira harapan anda setinggi gunung pun. Sure gagal!

4. Strategi keempat adalah menggunakan pertengkaran (perdebatan?), reasoning dan seumpamanya. Tujuannya untuk mengubah perasaan dan perbuatan pasangan. Sure gagal!

5. Strategi keempat sering kita lihat dalam drama atau di kolej/tempat kerja. Merekrut penyokong untuk menyebelahi kita. Sampai meluah di page facebook mak bapak pasangan pun ada. Sure gagal!

6. Strategi kelima adalah menjadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Makan tak lalu, air mata tidak putus-putus dan bila bosan, buat posting di facebook untuk menunjukkan kepada kawan-kawan , “Akulah insan paling malang di dunia“. Ingat nak mendapat simpati, tapi menjauhkan si dia lagi adalah. Sure gagal!

7. Strategi ketujuh adalah menggunakan senjata semulajadi iaitu anak-anak. Ini sama seperti strategi no. 5, umpama boomerang yang akan menghantuk kepala sendiri. Sure gagal!

8. Strategi kelapan adalah melakukan perkara yang biasa kita lakukan : menyalahkan orang (blaming). Seorang pakar psikologi pernah berkata, “ Intipati untuk ketidakpuasan hati boleh disimpulkan oleh satu ayat : menyalahkan orang lain“. Sure gagal!

9. Strategi kesembilan : Pessimism. Kita sering cenderung menjadi pessimist, “Aku takkan berjaya. Kau tak kenal isteri aku, dia jenis yang degil. Dia takkan mengubah keputusannya“. Takkan berubah?? . Dulu dia cakap nak sayang kau selamanya tapi sekarang nak berpindah ke rumah lain pulak. Dia memang telah mengubah keputusannya. Sure gagal!

10. Exaggeration atau melakukan sesuatu dengan terlampau lebih atau terlampau kurang dari keadaan asal. Boleh dikaitkan dengan strategi menyalahkan orang lain juga. Memang dia sahaja yang paling malang di dunia ini. Ramai lagi pembaca Seni Selamatkan Cinta mengalami situasi yang lebih sukar.

Strategi seperti di atas menunjukkan kita ni manusia biasa. Itulah yang semulajadi, tak sempat nak berfikir dengan mendalam. Bak kata pemikir strategi perang zaman dahulu, Sun Tzu, ” If ignorant both of your enemy and yourself, you are certain to be in peril.”

Bagaimana Menguji & Mengetahui Bahawa Si Dia Benar Mencintai Anda?

Tidak sukar untuk membaca perilaku lelaki ketika dalam membuat keputusan atau mengerja sesuatu perkara, tapi dari segi emosi fuhhh…kadang-kadang lebih mudah untuk kita membaca buku teks kejuruteraan dari memahami hati dan perasaan si jejaka ni.

Sudah pasti ramai di kalangan anda tertanya-tanya dan ingin tahu sangat perasaan si dia terhadap anda. 5 cara di bawah boleh membantu anda untuk menge’test’ adakah dia benar-benar menyayangi anda atau tidak.

1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia

Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda? Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian bergaya dan wangian menusuk kalbu.

Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.

2. Dia Asyik Curi Pandang Anda

Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukans sesuatu, jauh di sudut mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.

3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda

Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu. Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu. Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda (mcm drama sikit2 lah:) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.

4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda

Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan bersandiwara mencintai anda.

5. Dia Jujur Kepada Anda

Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya. Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta semata-semata.

7 Tips Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak-Jauh

Pada blog post kali ini, saya ingin berkongsi bersama anda salah-satu ‘dilema’ yang mungkin anda atau pernah anda dengar rakan-rakan anda lalui. Ianya berkaitan dengan hubungan perkahwinan jarak-jauh.

Kalau percintaan jarak-jauh tu memang biasa la kan kita dengar. Tetapi, tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak-jauh pun ada juga berlaku. Perkara ini boleh terjadi samada suami atau isteri yang bekerja di berlainan negeri. Ataupun ada juga sesetengah kes di mana isteri bekerja di Malaysia tetapi suami sedang masih meneruskan pelajaran di luar negara. Ataupun yang disebaliknya.

Walaupun benua yang memisahkan mereka, tetapi perasaan cinta dan kekuatan jodoh tidak mampu memisahkan hati mereka. Cewah, macam berpuisi la pulak kan ;-)

Ok, berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerena tuntutan kerjaya.

Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan jarak-jauh anda:-

* TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit hanfon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

* TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

* TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.

* TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

* TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali bangun tidur sekali, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.

* TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.

* TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.

Itulah dia beberapa tips yang boleh anda amalkan bagi menjaga hubungan perkahwinan jarak-jauh.

Sebenarnya dengan adanya pelbagai teknologi masakini seperti Facebook, email, chatting, anda mampu mengekalkan hubungan perkahwinan anda berdua walaupun terpaksa berjauhan. Tetapi adalah sangat dinasihatkan agar anda cubalah juga cari jalan bagaimana anda boleh tinggal sebumbung.

Sunday, November 20, 2011

Apa Perlu Ada Dalam Percintaan Jarak Jauh?

Cinta itu sukar untuk ditafsirkan bagaimana ia bermula dan kenapa si dia itu berjaya mencuri hati kita. Persoalan mengenai jarak dalam percintaan kadang-kadang menjadi sesuatu yang serius bila difikirkan. Bercinta jarak jauh wujud sama ada diawal perhubungan jarak sudah menjadi perantara ataupun berjauhan secara tiba-tiba. Berkenalan ketika alam kampus, kursus, terlanggar buku seperti babak drama melayu menjadi titik tolak percintaan dan kemudian terpaksa berjauhan atas urusan pelajaran,kerjaya dan mungkin keluarga. Ramai yang mentafsirkan percintaan jarak jauh besar dugaannya. Tiada bersua, perhubungan terbatas serta sibuk dengan urusan harian yang sedikit sebanyak menjarakkan perhubungan. Lalu bagaimana mahu mengekalkan perhubungan dalam percintaan jarak jauh? Apa elemen penting bila bercinta jarak jauh?

1. Komunikasi Berkesan dan Berterus Terang

Tidak boleh tidak jarak yang memisahkan pasangan itu akan membuatkan komunikasi antara dua sedikit terganggu. Sedikit saja,tak banyak kalau bijak diuruskan demi menjaga perhubungan. Bercinta jarak jauh memerlukan pasangan itu lebih komunikasi diantara mereka. Komunikasi yang bagaimana? Cara berhubung? Itu tak menjadi masalah dengan teknologi yang ada sekarang ini sejauh mana jaraknya pun tetap mudah untuk diakses tetapi kualiti dalam komunikasi. Apa tafsiran anda mengenai kualiti dalam komunikasi?

Jika ada peluang untuk berhubung dengan si dia dalam keadaan tidak sibuk,manfaatkan dengan bertanya khabar,apa yang dilakukan hari ini,ada atau tidak masalah yang membebankan fikiran dan kongsi bersama serta selitkan sedikit humor untuk membibitkan senyuman. Maka disitulah wujud sifat berterus terang dan berkongsi agar kamu sedar bahawa masing-masing saling memerlukan. Komunikasi berkesan bukanlah semestinya perlu berhubung 24/7 ( 24 jam 7 hari seminggu ) setiap masa. Oh! Itu sangat merimaskan dan siapa suka keadaan seolah-olah dikongkong? 2 – 3 kali berhubung dalam seminggu mengikut kelapangan sudah memadai asalkan berkualiti.

2. Bijak Memilih Rakan Untuk Berkongsi Hal Cinta

Bila berjauhan pasti rasa tidak senang didalam hati itu ada. Risau, cemburu wujud bila si dia tiada dekat dengan kita. Bila dekat pun boleh cemburu apatah lagi bila berjauhan? Bagi yang tidak pernah atau pertama kali melalui percintaan jarak jauh sudah tentu ada rakan yang menjadi tempat luahan hati memikirkan perhubungan itu. Seperti yang dinyatakan, dugaan jarak jauh pasti menimbulkan sedikit prasangka. Bimbang si dia tidak jujur dalam perhubungan kamu.

“Kau boleh percaya ke dia kat sana? Entah apa yang dia buat kau bukan boleh nampak!”

“ Percayalah si dia takkan mengkhianati hubungan korang bina selama ini. Aku dah kenal dia macamana”

Kadang-kala ada rakan yang iri hati dengan hubungan yang kamu bina bila lihat jarak kamu berdua jauh terpisah tetapi tetap teguh bertahan,seperti ayat pertama yang cuba mencari alasan untuk menggoyahkan hubungan itu. Perlukah rakan seperti itu! Dan ada juga rakan yang sentiasa memberi sokongan kerana sedar dan faham dugaan berjauhan itu besar. Rakan yang baik dan memahami akan sentiasa menyokong kita bila susah dan senang. Bijaklah memilih rakan untuk berkongsi hal cinta kerana kata-kata mudah mempengaruhi perihal hati dan perasaan. Rakan yang menyokong kamu ditambah dengan komunikasi dua hala yang berkualiti membuatkan diri lebih kuat menempuhi percintaan jarak jauh.

3. Saling Percaya Satu Sama Lain

Yang terakhir dan merupakan paling penting dalam menjaga percintaan jarak jauh ialah percaya. Ya! Sikap percaya antara kamu dan dia. Kalau tiada kepercayaan apa guna hubungan itu dijalinkan?

kepercayaan dalam percintaan

Besar peranan sikap saling mempercayai ini. Masing-masing perlulah saling mengingati tujuan hubungan itu dijalinkan dan atas dasar apa dan kemana hala tujunya iaitu hidup bersama hingga ke akhirnya. Percaya juga bahawa si dia akan tetap menanti kamu walaupun terpaksa berjauhan untuk seketika dan dia tetap setia bersama kamu. Bukan seorang tetapi kedua-duanya perlu berfikir begitu.

Jangan cuba mengkhianati kepercayaan itu. Jangan cuba mencari kasih yang lain dengan alasan si dia berjauhan dengan kamu! Jika kita mengkhianati orang, tak mustahil suatu hari nanti diri kita juga dikhianati. Bijaklah mengatur langkah bila bercinta jarak jauh. Gabungan elemen penting yang perlu ada dalam percintaan jarak jauh iaitu komunikasi berkesan, sokongan rakan dan saling mempercayai perlulah diadun dengan sebati agar dugaan berjauhan itu dapat dikurangkan dan hubungan itu dapat diharmonikan.

Konklusinya takkan berjaya percintaan jika tiada sokongan antara satu sama lain. Mungkin 3 elemen ini seperti tajuknya untuk percintaan jarak jauh tetapi sedar atau tidak jika bercinta dalam jarak yang dekat pun 3 perkara ini mesti ada dalam perhubungan. Hargai cinta yang wujud itu dengan seikhlasnya, kekalkan ia walau apa dugaan yang menimpa sampai bila-bila..

together forever in love

Erti Rindu

Ini KHAS untuk KAMU

Tiap kali saya RINDU dengan KAMU,
saya PETIK gitar lagu yang KAMU nyanyi UNTUK saya,

Kadangkala LAGU yang kamu BAGI,
Saya ulang SERATUS kali,

Bila saya TERINGAT kamu,
saya PANDANG gift yang kamu BERI pada SAYA,

Bila saya GELAK,
SAYA baru teringat KAMU pernah BUAT lawak yang SAMA macam dalam TV ni,

Bila SAYA rasa NAK bahan ORANG,
SAYA baru tahu saya SELALU bahan AWAK,

KadangKala rasa SUNYI,
Baru TAHU , bila kamu buat BISING itu BEST,

Bila SEMUA dah BUAT hal MASING-MASING,
Baru saya TAHU betapa saya RINDU kan KAMU,

Kamu... Boleh aku bertanya...?

Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu..

Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya..

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku


Kamu.. boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, senyuman ku, kasih sayang ku di mainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu.. boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang tikanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu bau nya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir.. ingat kan kamu... ingat kan kamu.. rindu sungguh pada kamu..

Kamu.. boleh aku bertanya lagi..?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawa kah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemu kah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu.. boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan laksana itu aku menjauhkan diri membawa kata hiba untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata jiwa ku.. aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana... Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bertawa gembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu, demi gembira kamu bidadari hati ku..

Kamu.. boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika menitipkan kata monolog jiwa ku ini? Sengsara kah aku? Kamu...

- Muaz Hadi -

Friday, November 18, 2011

Gambaran Hari Kiamat (Wajib Baca!)

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a;- Pemimpin yang adil.
b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan
gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
b; Sedekah/amal jariahnya.
c; Doa anak²nya yang soleh.
d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi
Kredit kepada Syok.org