Peraturan Pekerja 2012
Memo terkini dari sebuah syarikat:
Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2012, syarikat
ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang
digubal adalah seperti berikut:-
1. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan
gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10
tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda
mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda
memandu kerata nasional sama ada proton atau perodua, kami mengandaikan
anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
2. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
3. WAKTU LUNCH
i) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
ii) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini
kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara
stabil.
iii) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan badan.
4. CUTI SAKIT
Mulai 2012 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor. Ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik untuk dapatkan MC, anda
tentu boleh pergi kerja juga.
5. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2012 setiap seorang hanya boleh menggunakan
tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara
automatiknya tandas akan di pam, tisu akan tersekat, pintu akan terbuka
dan kamera akan menyala.
6. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda
melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja
organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana
anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda
telah melanggar kontrak.
7. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti facebook,
e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM3.00 sejam, sama
seperti harga pasaran. Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen,
aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih.
HR DEPARTMENT
*cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment