Monday, October 24, 2011

Bagaimana Peroleh Kemaafan Dari Pasangan

Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Itu lumrah kehidupan dan setiap kali melakukan kesilapan ini wajarlah kita meminta maaf.
Namun ada beberapa kesilapan yang sukar untuk dimaafkan. Perhatikan beberapa kesilapan ini dan tip bagaimana membuat pasangan memaafkan anda.

1. Curang
Curang adalah satu perbuatan yang begitu melukakan hati dan sukar disembuhkan. Ia akan merosakkan emosi, jiwa dan raga pasangan malah ia akan menjadi satu perkara yang disebut-sebut sepanjang anda berhubungan dengannya. Bagaimana anda perlu mencari kata maaf darinya? Sungguh pun ia satu perbuatan yang sangat menyakitkan, namun wanita biasanya mudah lembut hati asalkan anda tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Jangan hanya sekadar pandai meminta maaf tetapi masih melakukannya lagi. Itu tandanya anda memang tidak mahu berubah. Kesilapan biasa berlaku dalam kehidupan manusia kerana tiada yang maksum namun kalau melakukan perkara yang sama serta berulang-ulang kali, itu tandanya anda memang tidak dimakan ajar dan sengaja mahu menyakiti hati pasangan.

2. Kaki Pukul
Biasa terjadi bila mana seorang lelaki itu gagal mengawal kemarahannya. Lantas melepaskan rasa marah itu kepada pasangan yang lebih lemah darinya dan yang menjadi mangsanya adalah wanita mahu pun kanak-kanak. Ada kalanya luka-luka dan lebam di seluruh tubuh bila di pukul.
Apa jalan penyelesaiannya? Seperti biasa, wanita sangat kalah dengan kata-kata khususnya kata-kata yang berbaur cinta. Katalah bahawa anda sangat mencintainya, mahu menjaganya sepanjang hayat anda dan anda mengakui kesalahan memukulnya. Insya-Allah rasa sakit itu tidak akan meresap ke hatinya.

3. Balik Lambat Dan Tidak Mengangkat Telefon
Rasa curiga ada kalanya berasas apatah lagi jika pasangan sering kali balik lewat. Kadangkala bila menelefon, jarang diangkat. Bila balik ke rumah, telefon pula disembunyikan seolah-olah ia satu barangan berharga.
Jika anda selalu balik lambat, anda sememangnya perlu dicurigai dan jika anda menjawab seadanya, anda seolah-olah menyakitkan hatinya. Apa yang perlu dilakukan bagi peroleh kemaafan dari pasangan?
Berlaku jujurlah kepada pasangan kerana ia demi kebahagiaan anda juga. Jangan sesekali menipu kerana sekali anda mula menipunya bermakna anda sengaja mencurah minyak ke dalam api. Jika anda balik lambat kerana urusan kerja, beritahu pasangan anggaran jam berapa anda boleh balik ke rumah. Begitu juga soal telefon bimbit, kalau tiada rahsia, jangan sesekali menyorokkannya dari pasangan demi kebahagiaan rumah tangga yang anda bina.

4. Lupa Tarikh Penting
Tidak dinafikan, lelaki selalu lupa tentang tarikh-tarikh penting dalam hidup pasangan. Ini termasuklah tarikh hari jadi dan ulang tahun perkahwinan. Ini menyebabkan pasangan berasakan anda tidak lagi menyayangi dirinya. Bagaimana memperoleh kemaafan pasangan? Wanita cair dengan pemandangan indah misalnya suasana hutan yang menghijau, air terjun yang menarik dan sebagainya. Apa kata bawa dia ke pantai dan nikmati suasana romantik tatkala matahari terbenam bersama.

5. Salah Dail Nombor Telefon
Banyak kes perhubungan sulit bermula dengan salah mendail nombor. Dari salah nombor anda kemudiannya mengatur satu pertemuan sulit. Bila lelaki dan wanita bertemu, tentu saja ada cerita dikongsi bersama.
Kadang-kala bermula dari suka-suka, akhirnya soal hati mula dibicarakan. Lebih malang lagi jika hubungan itu berakhir ke ranjang di mana suami dan isteri bertindak curang di belakang pasangan.
Bila pasangan mendapat tahu, ada kalanya hubungan rumah tangga mula berantakan dan pergaduhan akan bermula. Ungkit mengungkit akan bermula dan sebagainya. Bagaimana mencari kemaafan pasangan? Pastikan ia tidak terjadi dan anda akan selamat dalam hal ini.

No comments:

Post a Comment