Sunday, July 24, 2011

AWEK YG MALANG..

"Aku cinta padamu.."
"Jangan tinggalkan ku!!'
"I love u sooo much honey"
"Saya tak boleh hidup tanpa awak!"
"Saya sanggup mati untuk mendapatkanmu"
"Saya sanggup lakukan apa sahaja untukmu"
"Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"
Itulah antara kata-kata indah yg selalu diungkapkan oleh wanita kpd teman lelaki mereka. Seolah-olah teman mereka yg menciptakan & meniupkan roh ke dlm jiwa mereka. Kata2 ini boleh menyebabkan menjadi syirik kpd Allah Azza Wajalla yg telah menciptakan manusia & seluruh alam ini. Nauzubillah..
Mereka bertudung, Mereka berkalimah syahadah, Mereka mengaku Muslimah.. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yg baik hanya selepas ianya berkalimah syahadah mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi tidak melaksanakan apa yg diperintahkan oleh Allah & Rasulnya?.
Siang malam menghabiskan duit hampir RM 100 sehari hanya nak 'topup' handphone utk bermesej dgn teman lelaki mereka. Apa yg dimesejkannya?
"U dah makan?"
"U ada kat mana?"
“I miss u sayang"
"U tak tidur lagi ke?”
"U ada teman baru ke?"
Itulah antara mesej2 mereka..
Gadis lari dari rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar.Ha! itulah antara tajuk yg best.Tunjuklah gambar ibu bapa dgn muka sedihnya merayu..
"pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?
Tak reti bersyukur! Derhaka!. Itu sahaja perkataan yg sesuai utk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yg tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapa mereka yg telah membela mereka berbelas tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana Ibumu betapa seksanya selama 9 bulan mengandungkanmu, membawamu ke sana sini. Ayahmu pula tak henti2 keluar ke sana sini mencari rezeki utk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yg mereka dpt?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dgn 'mengandung anak haram'..Tidak ada rasa malukah kamu?. Di mana lelaki kamu yg selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye…
"Nah! Ambillah tubuhku! Ini utk U sayang"
"U mintak apa saja I akan kasi"
"Tapi please dont leave me honey"
Wah best!. Teruslah teman lelakinya melahab & meratah tubuh teman wanitanya.
Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?
"No problem dear. Asalkan U tak cari wanita lain. I sanggup".
Wah!. Tersenyum luaslah teman lelakinya!
Best ni, ada can.. Beraksilah pasangan tersebut dgn aksi yg penuh dgn kasih sayang syaitan. Ada yg beraksi dgn bertudung tanpa pakaian. Ada yg beraksi telanjang. Ada yang beraksi kat taman2..
Wah! happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone utk buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya.
'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."
Si teman lelaki "...................".
Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek.
Apa yang dijawab si teman lelaki?
"Tut....Tut....Tut" Handphone ditutupkan!.
Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara org perempuan. Kata perempuan tersebut
Please try later.." Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tidak berguna. 4 Bulan selepas itu Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak. Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!
"Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."
Maka keluarlah wanita tersebut dgn penuh hina & kesedihan yg tidak terhingga.. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan..
"Eh asal awak gemuk semacam ni? Kenapa awak nangis ni? Ada problem"?.Tanya si kawan..
Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I tapi, dia dah lari"...Betapa terkejutnya si kawan.
"Eh pergilah kau dari sini! Aku tak pernah ada kawan yg perangai buruk macam kau ni!"
Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes? Ha! nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan dah halau. Ingatkan nak pergi cari Allah. Pergi masuk masjid ambik wudhuk pi sembah Allah. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar.
Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dgn penuh kasih sayang! Dia pergi tikam anak tu! Dia cuba sumbat dalam lubang tandas! Tak boleh juga.. Dia buang dlm tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek2 anjing!. Celakalah kau perempuan!. Dahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last2. Hidup dah tertekan..
Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?
OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!
Maka melayanglah wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak & segala2nya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yg pastinya akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH2NYA!!!...SAKIT!.
Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?
Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?
Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?
Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?
Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?
Nak menyayangi manusia tidak salah, Bahkan ianya wajib.. Nabi bersabda"Tidak akan diterima keimanan seseorang drpd kalian, seblm ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dgn penuh kasih sayang. Tetapi cinta kpd Allah adalah melebihi segala2nya..
Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yg berlaku terhadap rakan-rakanmu yg hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati2lah.
Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan & melutut di hadapan Allah?. Takut yg Allah tidak menerimu?. Dosamu banyak? Lebih banyak drpd air di lautan?. Wanita!. Allah Maha Pengasih & Maha Penyayang!. Sekalipun kau syirik kpd Allah, kemudian kamu bertaubat!. Nescaya Allah menerima mu!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.
Bukti cinta Allah kepadamu!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:
"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kpdKu & berharap kpdKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yg telah lalu & aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kpdKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu & Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kpdKu dgn mebawa dosa2 sepenuh bumi kemudian kamu dtg kpdKu dgn tidak menyekutukanKu dgn suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kpdmu sebanyak dosa2 tersebut."
"SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!"

No comments:

Post a Comment