Tuesday, March 8, 2011

KENAL DAN FAHAMI HARUMAN BADAN

Ada dua alasan utama kenapa anda harus mengenal haruman yang sesuai. Pertama gunakan haruman yang signifikan dengan tindak balas kulit, dan kedua yang paling penting adalah haruman anda boleh dikenali oleh orang yang dekat dengan anda. Maksudnya ia mampu menyerlahkan siapa diri anda yang sebenar.

KUMPULAN NOTA HARUMAN
1. Adalah lebih mudah mengenal haruman atau wangian yang sesuai dengan tubuh badan anda. Terdapat beberapa kumpulan haruman yang terdiri daripada jenis-jenis, antaranya flora (yang diilhami haruman semulajadi) amber (gabungan nota-nota manis dan eksotik) serta woody (daripada jenisan nota bauan sandalwood dan cedar). Terdapat juga haruman yang terhasil daripada bahan semulajadi yang lain seperti madu dan tobacco.

2. Kedua jenisan nota ini digolongkan dalam kumpulan haruman leather. Nota haruman dalam kumpulan sitrus pula kebanyakannya banyak menggunakan bahan seperti bergamot dan labdanum. Kumpulan terakhir adalah nota bauan moden yang menghasilkan aroma yang lebih natural. Kebiasaannya jika anda lihat di label wangian yang ada tertulis aqua, ia lebih segar dan sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan.

HARUMAN LAMBANG PERSONALITI
Ingat! Haruman yang anda pilih adalah lambang siapa diri anda. Ada beberapa tip yang boleh anda ikut.
• Buat yang sofistikated, haruman dari kumpulan nota aroma musky dan amber boleh menyemarakkan personaliti anda.
• Buat si tampan hadir penuh karisma, pilihan nota daripada bancuhan woody akan mengenengahkan konotasi karisma diri.
• Buat anda si sporty yang tangkas dan energetik, penggunaan haruman segar seperti sitrus dan aquatik adalah pilihan bijak untuk mekar harum bertenaga sepanjang hari.
• Bagi yang berjiwa romantis pilihan nota bancuhan floral sebati buat anda.

KENAL PASTI KESESUAIAN
Ada sesetengah daripada anda mungkin sukar mendapat haruman yang sesuai dan serasi. Hal ini biasa kerana tidak semua yang anda gemar mampu bertindak balas dengan baik pada kulit. Cara paling mudah untuk tahu apa yang sesuai dengan anda adalah dengan mencuba tidak lebih dari 3 wangian di kaunter menjual haruman. Biarkan ia beberapa ketika sehingga anda pulang ke rumah dan hidu kembali haruman mana yang paling dominan antara 3 yang disembur tadi. Haruman yang baik akan menghasilkan bau paling menyenangkan dan sebati dengan kimia pada kulit badan. Ingat ada kemungkinan haruman yang anda tidak gemar pada awalnya adalah haruman yang paling sesuai dengan anda. Semburkan haruman berdasarkan dua perkara asas ini

No comments:

Post a Comment