Saturday, January 1, 2011

Filem Baru Syamsul Yusof


Sinopsis Filem Khurafat – Perjanjian Syaitan

“KHURAFAT – Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang berkerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT – Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada Januari 2011.

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)” (Surah Yunus:106)

Allahu wa’lam.


KL Gangster, karya terbaru Syamsul bersama sepupunya, Rizal Ashraf, selain Datuk Yusof Haslam turut menyumbangkan idea. Ia menampilkan Aaron Aziz selaku watak utama, selain Syamsul, Adi Putra, Zul Huzaimy, Sheera Iskandar, Wan Maimunah dan Ridzuan Hashim.

KL Gangster bakal mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, semua akan jadi paparan filem KL Gangter.




Selain Scha Al-Yahya dan Harun Salim Bachik filem ini dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Shaheizy Sam, Eira Syazira, Sheera Iskandar, Salina Saibi, Zarina serta Syamsul sendiri.

Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

No comments:

Post a Comment