Sunday, January 23, 2011

Drama Dari Mata Arisa



adaptasi dari novel BNI [KAU SAYaNGKU]


SINOPSIS DARI MATA ARISA
Drama bersiri “Dari Mata Arisa” mengisahkan seorang gadis bernama Arisa yang pada zahirnya seorang yang periang, tetapi di sebalik gelak tawa, senda guraunya tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya, Ayana, telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.
Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa.

Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Di sebalik kekeliruan Arisa untuk memilih cinta Akif dan Eddy, Not dan Lily menjadi teman yang sentiasa bersamanya.

Arisa akhirnya telah menerima cinta Akif. Sayang sekali, di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingi telah terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?

“Dari Mata Arisa” ini merupakan sebuah drama adaptasi dari novel “Kau Sayangku” nukilan Cik Bikash Nur Idris yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd, yang ditulis semula oleh Puan Sujiah Salleh ke dalam bentuk drama bersiri.

BARISAN PELAKON:

ARISA & AYANA:
Ayu Raudhah

AKIF
Syed Aiman

EDDY
Ashraf Muslim

MALIAH
Maizurah Hamzah

AZARINA
Nabila Huda

YUSRAN
Zack Kool

ZARIL
Ijoy Azahari




No comments:

Post a Comment