Saturday, October 23, 2010

Adakah Keluar Berdua Itu Dating??


Aku tak faham dengan persepsi sesetengah orang yang kalau seorang lelaki tu keluar dengan seorang perempuan, mereka ni dianggap berkongsi perasaan romantik atau kasih sayang antara kedua belah pihak. Kenapa ya? Adakah pada zaman sekarang ni lelaki dan perempuan tak boleh berjumpa one on one sebagai kawan atau teman tanpa perlu mereka mempunyai perasaan romantik antara satu sama lain?

Aku single dan ya aku dah keluar dengan ramai perempuan sejak pulang dari Moscow tempoh hari. Pada aku benda ni tak salah, aku tak sakitkan hati sesiapa dan mereka tahu aku jumpa atas title kawan dan bukan bakal kekasih atau apa. Aku keluar berjumpa mereka atas dasar kawan atau teman dan hampir semua yang aku jumpa tu, aku tak punya hati atau perasaan romantik pada mereka. Berjumpa setakat ingin berkenal-kenalan, tukar cerita dan networking. Yeah, aku lebih suka guna perkataan networking.

Apa yang berlaku biasanya semasa perjumpaan yang sesetengah orang ni anggap sebagai date ialah, aku lebih banyak mendengar kisah hidup perempuan yang aku jumpa ni. Ada yang selesa untuk berkongsi tentang kisah perasaan mereka terhadap seseorang lelaki lain dan meminta pendapat aku tentang hal berkaitan, ada yang berkongsi kisah mereka dalam bidang kerjaya. Kalau kena pada orangnya, aku memang suka dengar kisah mereka. Perempuan ni expressive, maksudnya mereka suka meluahkan apa yang ada dalam hati mereka dalam bentuk percakapan berbanding lelaki yang memang kebanyakannya kurang bercakap. Itu basic kalau kita nak tau perempuan tu selesa ke tak dengan kita.

Mengapa sesetengah orang masih lagi berfikiran kolot dalam hal ni? Oklah, kalau aku mempunyai apa-apa hubungan sebagai kekasih dengan perempuan lain, benda ni dah jadi salah. Aku layak digelar playboy. Tapi kalau seorang lelaki single macam ni berjumpa dengan perempuan single yang lain untuk berbual-bual, kenapa perjumpaan itu perlu dilabel seolah-olah ianya lebih daripada sebuah perkenalan biasa?

Yang penting dalam hal ni, aku akan pastikan terlebih dahulu yang perjumpaan itu bukanlah date tapi hanyalah dua orang teman yang berjumpa atas dasar kawan. Aku pun takdelah nak libatkan diri dalam apa-apa yang rumit atau terpaksa melukakan hati orang lain disebabkan perjumpaan itu mungkin dilihat sebagai 'harapan' yang aku diberikan.

Tak salah pun untuk keluar berdua, jumpa pun kat tempat normal ditengah khalayak ramai. Cuma kena tahulah dengan orang yang macam mana dan tujuan perjumpaan itu. Kalau lebih daripada itu.. ha.. tu pandai-pandailah lepas tu kan.

Mungkin ada yang tak dapat menerima keterbukaan aku, takpe. Tak payah terima pun. Setiap orang ada tahap-tahap keselesaan mereka untuk berjumpa dengan orang lain. Aku selesa berjumpa mereka-mereka ni dan aku suka dengar pelbagai cerita, ragam dan pengalaman manusia lain. Tapi kalau aku dah mula bercinta balik nanti takdelah nak buat macam ni kan. Memang tak kena la kalau masih macam ni walaupun sedang bercinta dengan orang lain.

Jadi nak tanya korang balik, wajarkah kita label perjumpaan macam ni sebagai sebuah romantic date semata-mata?

No comments:

Post a Comment