Monday, September 27, 2010

Filem Baru akan datang.....


“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang berkerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?



KL Gangster mengisahkan seorang gangster yang dipenjarakan iaitu watak Aaron Aziz. Selepas keluar penjara, dia ingin membina hidup baru tetapi tersepit apabila kumpulan gangster kembali mengejarnya. Sama ada kembali ke pangkal jalan mahupun terus dengan kumpulan yang pernah menghancurkan hidupnya, itulah yang terpaksa dihadapi oleh Aaron Aziz.




Idham melakonkan watak sebagai Wadi bergandingan bersama Amy Mastura (Ku Khalira), Erynne Erynna (Nuraiza), Azizah Mahzan (Ummi Siah), Eizlan Yusof (Ustaz Bakri) dan Fida Ibrahim (Ustazah Humairah).

Damping Malam mengisahkan Wadi yang beristerikan Ku Khalira dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nuraiza yang dijaga ibu saudaranya iaitu Umi Siah. Emak saudaranya itu tahu banyak rahsia tentang Ku Khalira. Sewaktu Nuzaira berjaya memasuki sekolah berasrama penuh, pelbagai kejadian aneh menimpanya sehingga menimbulkan tanda tanya di hati ibunya. Seakan ada peristiwa yang mengaitkan Umi Siah dan Ku Khalira dengan kejadian-kejadian aneh tersebut.



Aku Masih Dara mengisahkan 3 sahabat Aleesya, Sofea dan Hani yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Mereka mempunyai pandangan yang berbeza tentang Islam berdasarkan cara didikan oleh ibu bapa masing-masing.

Perbezaan ini tidak menghalang persahabatan mereka sehinggalah kemunculan Firdaus, sepupu kepada Aleesya yang warak. Menyedari Aleesya yang hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduknya sehinggakan dia membenci Firdaus.



Senjakala...Filem arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri itu diterbitkan oleh syarikatnya sendiri, Excellent Pictures. Filem tersebut sedang menjalani pengambaran di sekitar Bukit Cerakah, Hulu Langat dan FRIM (Kepong), selama 30 hari bermula 8 Ogos lalu.

Selain Liyana dan Zahiril, aktor Kamal Adli juga berlakon dalam filem bergenre seram romantik itu.

Ia mengisahkan tentang Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kampung Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana.

Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kampung Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut.

Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tunang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka.

Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada arwah Harlina. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina.

Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut. Tetapi karlisa yang sedar ibunya telah lari daripada tanggungjawab keturunannya bagi membela saka, berdegil mahu bertanggungjawab. Ibu Karlisa, Puan Mazidah, tidak mahu menerima saka daripada Opah Maimoon kerana mahu menyelamatkan suaminya Tuan Shapie, dari menjadi mangsa saka.

Akibatnya, ayah Armand, Tuan Salleh yang berada di sisi Opah maimoon sewaktu perempuan itu nazak, mengambil saka tersebut kerana kasihan. Namun, saka hanya menumpang dan tidak boleh dimusnahkan, selagi perjanjian di antara tuan asalnya tidak dibatalkan.

Akhirnya, Armand setuju memberi saka itu semula kepada Karlisa dengan harapan sebaik saka kembali kepada tuan asalnya, saka itu boleh dimusnahkan dengan bantuan seorang ustaz, Ustaz Zailan. Namun saka itu tidak musnah dan masih berada bersama-sama Karlisa.



Sinopsis:Cuti2 Cinta

Eava Ealiana merupakan seorang pengarah disebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini. Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan. Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas. Pekerja-pekerjanya lebih takutkan Eava berbandibng ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy. Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah membolot harta Tan Sri Zaini.

Suatu hari Eava terserempak dengan Remy yang sedang bermesra bersama seorang wanita. Eava marah, lalu menumbuk Remy dan terus berlalu. Kecewa dengan tindakan Remy, Eava memandu keretanya tanpa tujuan lain, hanya semata-mata ingin melarikan diri daripada Remy dan masalah yang dihadapinya. Dia terus memandu sehingga sampai di sebuah hotel di tepi pantai. Setelah membuat tempahan, Eava masuk ke bilik tetapi tidak berpuas hati dengan keadaan bilik hotel itu. Dia memanggil pengurus hotel itu, En. mahmod dan memberi komen terhadap berberapa perkara. En. Mahmood mengarahkan pekerjanya, Fausrina dan Maliqurrahman melakukan perkara-perkara yang di komen oleh Eava. Walaupun sudah dibetulkan, Eava masih tidak berpuas hati dan terus memberi komen. En. Mahmood yang tidak tahan dengan bebelan Eava turun ke kaunter. Omar Rudy seoarang lagi pekerja yang menawarkan dirinya untuk memuaskan hati Eava. Eava menyuruh Omar Rudy membuat apa sahaja mengikut suaka hatinya dan Omar hanaya membuat tanpa membantah. Akhirnya Eava berpuas hati dengan biliknya itu.

Esoknya, Eavamemandu keretanya mengelilingi kawasan hotel. Eava sampai di sebuah kampung nelayan dan ternampak Omar rudy, Fausrina, Maliq dan Kris Dayana di dalam bot sedang besiap-siap sedang bersiap-siap untuk pergi ke laut. Eava bertanya apa yang mereka buat dan mereka hanya memberitahu Eava mereka tinggal di kampung dan menjadi nelayan membantu bapanya selain dari bekerja di hotel tersebut. Eava seperti menyindir Omar Rudy dengan mengatakan mereka terpaksa melakikukan dua kerja untuk mencari makan. Eava juga memperkecilkan kerja nelayang kerana menurut Eava, kerja nelayan adalah satu kerja yang mudah kerana tidak perlu berfikir jika dibandingkan dengan kerjanya sebagai pengarah syarikat. Omar Rudy mencabar Eava mengikutnya pergi ke laut menangkap ikan. Eava bersetuju. Maka mereka pun pergi ke laut untuk menangkap ikan dan Eava mengalami berbagai-bagai kesukaran dan berlaku berbagai-bagai perkara lucu. Sejak hari itu, banyak lagi kejadian yang berlaku akibat pertentangan gaya hidup dan pemikiran dua golongan ini. Eava masih lagi dengan sikap berkeras hati dan sentiasa mencari jalan mengenakan Omar Rudy dan kawan-kawanya.

Suatu hari Eava memberitahu En. Mahmood yang dia perlukan seorang untuk mengiringinya semasa berada di hotel itu. En. Mahmood bersetuju. Eava mahukan Omar Rudy menjadi pengiringnya. Ini menimbulkan kemarahan kawan-kawannya. Fausrina mula sedar yang Omar Rudy seperti sukakan Eava walaupun Omar tidak menyatakannya. Fausrina dalam diam sukakan Omar Rudy tetapi kerana persahabatan mereka yang akrab dia menyembunyikan perasaannya. Fausrina mula cemburukan Omar Rudy dan Eava. En. Mahmood menyedari perubahan Fausrina itu lalu menyuruh Fausrina memberitahu tentang isi hatinya tetapi dia tidak mahu. Dalam masa yang sama En. Mahmood sukakan Kris Dayana tetapi malu untuk menyatakannya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, ibu bapa Eava dan Remy sibuk mencari Eava. Setelah mereka mengetahui dimana Eava berada. Mereka segera pergi ke hotel tersebut. Tiba di hotel tersebut, En. Mahmood memberitah mereka, Eava dan Omar Rudy pergi ke lautdan jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut, mereka harus berjumpa ibu bapa Omar Rudy. Mereka pergi ke kampung nelayan dan berjumpa dengan ibu bapa Omar Rudy . Eava dan Omar Rudy berjalan-jalan mengelilingi pulau-pulau yang ada di sekitar itu dengan menaiki bot. Tiba-tiba di tengah laut, bot mereka rosak.

Oleh kerana cuaca tidak elok dan angin yang kuat, tiba-tiba bot mereka dipukul ombak yang kuat, rosak dan terdampar di sebuah pulau yang tiada orang. Omar Rudy hubungi Kris tetapi Kris memberitahu bantuan hanya akan sampai esok kerana cuaca tidak elok. Jadi mereka hanya menunggu sampai hari esok.remy bertambah geram dan mula menyalahkan semua orang dab Tan Sri Zaini dan Puan Sri malu dengan sikap Remy. Di pulau itu, mulut Eava hanya membebel menyalahkan Omar Rudy tetapi Omar tetap bersabar. Omar Rudy mula mencari makanan, membuat tempat untuk mereka berteduh tetapi Eava tetap membebel kerana terpaksa makan dan bermalam di situ. Apa yang Eava pelik mengenai sikap Omar Rudy yang tenang. Dapatkah Omar Rudy melembutkan hati Eava Eliana, dan dapatkah Fausrina, Kris Dayana dam Maliqqurahman menerima Eava? Kesudahannya terjawab di dalam Cuti-cuti Cinta...



Pengarah
Majed Salleh


Lakonan:
Ashraf Sinclair:Zul (Pelakon Utama)
Airis Yasmin:Wanie (Pelakon Utama)
Raja Farah:Zieda (Pelakon Utama)
S. Shamsudin:S, Shamsuddin (Pelakon Pembantu)
Nasir Bilal Khan:Niezam (Pelakon Pembantu)
Dato' Jalaluddin Hasan:Taufik (Pelakon Pembantu)
Ramli Saleh:Junaidi (Pelakon Pembantu)
Zila Bakarin:Mek (Pelakon Pembantu)
Latiff Borgiba:Pak Jono (Pelakon Pembantu)
Ruminah Sidek:Mak Melah (Pelakon Pembantu)
Harun Salim Bachik:Mad (Pelakon Pembantu)
Latiff Ibrahim:Haji Zainal (Pelakon Pembantu)
Dian P. Ramlee:Hajjah Zaharah (Pelakon Pembantu)
Nasir Ali:Bomoh (Pelakon Pembantu)
S.Azli:Osman (Pelakon Pembantu)

Sinopsis:Ee..Hantu

Lima orang sahabat telah merancang satu ekspedisi percutian ke puncak Gunung Ledang, Melaka. Ahli ekspedisi ini adalah terdiri daripada Zul, Man, Tasha, Wanie, dan Zieda. Salah seorang dari mereka berasal dari Jakarta, Indonesia iaitu Tasha. Ketibaan Tasha di LCCT dijemput oleh mereka.

Kisah ini bermula di dalam perjalanan mereka ke destinasi yang ditujui. Pelbagai kisah aneh dan ganju]il dilalui sepanjang perjalanan mereka, diantaranya mereka telah tersesat jalan, peristiwa yang menakutkan, dan diganggu pontianak sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk bermalam di chalet itu.

'MAIDIN CHALET' yang diuruskan oleh Maidin serta pembantunya, Apek (Chik) telah menyambut kedatangan Zul dan rakan-rakannya dengan penuh misteri. Di chalet ini, berlaku lagi bermacam-macam gangguan dan peristiwa aneh serta lucu. Mereka telah diganggu oleh bermacam-macam jenis hantu. Setiap hantu ada kisahnya seperti yang di ceritakan oleh Maidin dan Apek yang memang ada hubungan dan kaitan antara cerita hantu dengan tapak chalet tersebut. Macam-macam hantu ada dalam cerita ini!!!

Setelah Tasha mendengar kisah-kisah tersebut, dia berasa takut dan ingin meninggalkan chalet tersebut sendirian tanpa persetujuan rakan-rakannya. Tetapi malangnya, niatnya terhalang apabila pontianak menggangu perjalannya.

Meraka semua menjadi keliru dan bingung kerana secara tiba-tiba Maidin dan Apek (Chik) hilang dari chalet tersebut. Antara fantasi dan realiti, sudah tiada batas ketika masing-masing dalam ketakutan. Apa akan terjadi kepada Tasha, Zul, Man, Wanie, dan Zieda. Adakah mereka akan terlepas dari igauan ngeri ini atau tidak?



Filem Ponti Anak Remaja the Series

No comments:

Post a Comment