Wednesday, April 28, 2010

Sekadar Hiburan...

PENGALAMAN PERTAMA

Anggaplah anda seorang gadis ( jika anda seorang lelaki ) Dan juga adalah ini kali pertama anda !!!!!!
Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda.
Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan.
Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda memberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak.
Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan? Mata anda digenangi deagan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk.
Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda
dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda.
Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor, kerana mencabut gigi anda. Terimakasih doktor.

BILIK NO 27
Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.
Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong.
“Bagus sekali!” kata lelaki tersebut.
“Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!”

SUAMI HEBAT
Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.
Pian: “Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?”
Amat: “Ya betul…”
Pian: “Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?”
Amat: “Akhirnya dia berlutut di depan aku…”
Pian: “Wuahhhh hebat sekali kau… kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?”
Amat: “Isteri aku berteriak dengan kerasnya, “Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!”
Pian: “@#$!%^&%”

NI GAMBAR SIAPA
Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu….. kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.
Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; “Darling! ada mancis tak?”. Ada kat dalam laci sebelah katil tu”, jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; “Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? “Bukan” jawab si wanita tu. “Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?”, “Bukan jugak” jawab wanita tu lagi. “Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?” tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut “Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina” jawab si wanita tu dengan penuh manja.
AAAaaaawwWW?

AYAM PANGGANG
Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai… Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. “Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir
yang kami ada…
Maaf ya Encik.” Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.” Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.
“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potongkakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga
perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.” Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan
Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut…

MAT PUNK
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut…
Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut…
Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. pemuda punk itu bertanya.. “Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?”
Setelah menarik nafas panjang… orang tua itu menjawab.. “Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk..
dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. jadi sekarang ini aku keliru… jangan-jangan kamu adalah anakku.”

No comments:

Post a Comment