Wednesday, April 28, 2010

JODOH

Renungkanlah sedalam-dalamnya.
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai
menanti jambatan untuk ke seberang.
Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya
cepat sebab jambatannya singkat. Usia
25 tahun rasanya belumlah terlalu
lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2
kalau sepanjang usia itu telah
digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan
anda itu dalam doa2 lewat sembahyang.
Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki
yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan
mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drpd menjadi mangsa lelaki yang
tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku
pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar2
mendapat apa yang kita inginkan itu,
ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila
kita sendiri telah memiliki kereta
mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.
Tidak mustahil pula org yang memandu
kereta mewah(walaupun sebenarnya tak
mewah) terpaksa membayar lebih tatkala
berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga
biasa, dia terpaksa membayar berlipat
ganda.

Ketika anda terperangkap dalam
kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada
jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang
dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan
bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2
membahagiakan. Bahagianya mungkin ada
tapi deritanya juga datang sama. Semua
benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik
sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah
Nabi, sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan shahwat di samping membina
sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin
hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab
dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin, tanggungjawab yang terpaksa
dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila anda gagal melaksanakannya,
anda membina dosa seterusnya jambatan
ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asalkan
segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar
isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk
bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah
dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk
bersabar dgn kerenah anak2, carilah
dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin
dahulu sebab kenyataannya ramai yang
tidak bersedia untuk melangkah tetapi
telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus dan tidak jumpa akar
berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi
yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-
Nya, bukan berkahwin kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah
terlalu dirisaukan, tiba masanya ia
akan datang menjemput, namun perlu
juga anda membuka lorong2nya agar
jemputan itu mudah sampai dan tidak
terhalang.

No comments:

Post a Comment